Thursday, April 21, 2016

Trip Tranung


Yuhuuu~

Bulan lepas pada 18-20 March 2016 sempat short trip ke Tranung untuk ikot rombongan kawan baik hencik lebah bertunang. Apa? Bertunang je gigih ko ke sana? Haruslahhhh. 8 tahun ke 9 tahun entah si Nwa ni tunggu Tyra. Ehee.. Bila dah jadi mestilah kita sebagai kawan baik ni excited kan? =P


Dah berzaman tak pergi Tranung. Rasanya 5-6 tahun lepas kot pergi sana. La ni ikut LPT 4 jam je dah sampai. Dulu rasa macam berkurun nak sampai kalau pergi ke Timur. Tu yang tak kuasa nak holiday ke belah-belah sana. Hehee..

Sampai tu terus check in hotel kat Gong Badak. Nasib baik tak sampai 5 minit dari Mydin Mall. Boleh pulak tak bawak inner neck nak pakai dengan shawl. T_T

Lepas Maghrib kami bersiap-siap untuk ke rumah Tyra. Dekat je dalam 10 minit dari hotel.

Pelamin cantik & hantaran

Tyra, mama Nwa and family member Nwa.

Si cantik Tyra. Padanlah si Nwa taknak pandang orang lain. heheh..

"Saiyang, tolong boleh?"
"Apa dia?"
"Tolong cover perut tu sikit. Nak bawak ke mana?"
^_^

Selamat hampir ke dunia perkahwinan, sahabat!

SECOND DAY

Pagi-pagi keluar pergi cari breakfast. Tapi jumpa Warung Dek ni kat Batu Enam. Bedal laa. Makan kopok lekor & nasi lemak. Yang aku rasa macam seronoknya pasal nasi lemak tu. Letak kejap je, orang serbu terus habis. Wauu! Hehehe. tapi jujurnya rasa dia biasa-biasa je. Cuma seronok makan meriah macam ni. Kedai ni memang buat air je. Lain-lain makanan semua orang letak. Kira macam vendor la. =)


Lepas jalan-jalan kat Pasar Payang and borong 100 bungkus keropok ikan sedap (Hehehee..), kitorang pon niat nak carik la Warung Pok Nong yang femes tu. Alahai.. panjangnya Q. Macam tak kuasa pulak dengan panas-panas tu. Tengok pic bawah ni.



Untuk tak mengecewakan sebab datang jauh-jauh, kita bergambo depan Warung Pok Nong jela. View and kawasan cantik!!! Subhanallah!


End up kitorang pergi ICT kat area airport. Warung Pok Long. Oklah. Not bad. Sebenarnya aku tak makan seafood pon. Tapi boleh pulak aku habiskan sekor sotong besar ni. Bila fikir balik, sama jugak macam aku tak suka makan pisang goreng. Tapi masa kat Johor dulu, tiap-tiap hari beli. Sebab apa??? Sebab ada cicah yang sedap. Cili kicap tu. Perghh! Sama la macam makan sotong celup tepung ni. Sambal dia sodap! =P

Ni kat Bukit Tok Beng 2209.
Kopok leko cheese RM3 6 ketui.
Kopok leko blackpepper RM3 berketui-ketui.

Tak penah bayangkan makan kopok leko ball macam ni siap ada cheese. 
Dalam kepala otak macam kembang tekak sebab pikir ikan + cheese.
Tapi kat tekak? Sedapppppp!!!!


Lepas tu kitorang berpisah. Tyra and Nwa pergi hantar member diorang pergi airport. Kitorang balik hotel nak bersihkan diri untuk keluar lepas Maghrib.

At Dapo Pata, Pantai Tok Jembal
as known as Uptown Kontena Tok Jembal

Aku memang rasa tempat ni cool gila.
Kat KL mane nak dapat tengok movie kat white screen ni tepi pantai kan? =P



Ada jugak group-group yang busking kat sini.


Saiyang, Nami House Pantai Tok Jembal sudah.
Nami Island Korea bila pulak?
Ehehehehee...

Ketam goreng berempah. Serious sedap!
Stall dia sebelah kedai Kopi Leh Dia. Kira kalau masuk-masuk dari tempat orang menyanyi tu,
kedai dia yang kedua sebelah kanan.

End of second night. Balik hotel tidoq!

THIRD DAY

Pagi-pagi keluar cari breakfast.


Pusing-pusing area Batu Burok terjumpa Kedai Kak Pah ni. Baru teringat malam tadinya ada google jumpa kedai ni macam best jugak review dia. And memang sedap gila weh. Disebabkan aku tak berapa suka nasi dagang, so aku order nasi lemak je. Macam pelik jugak nasi lemak dia takde ikan bilis ke ape. Lepas tu sambal pon sambal ikan. Erkk! Sedap ke??

Dah rasa satu sudu, dua-dua terbeliak bijik mata. Mak aihhh! Inikah yang dikatakan cinta? Kikikikiii. First time makan nasi dagang yang sedap. Nora bagi 5 bintang!!!! I have bad experience pasal nasi dagang ni sebab tu tak suka. Tapi yang ni memang sedap. Sambal nasi lemak dia pon memang terbaik! Ok, bulan 10 repeat ke sini. =P

Kedai ni kat kawasan food court. Cari Sudut Selera Kak Pah.

Bas ni orang kampung panggil bas keranda.
Ni kawan ibu aku yang cakap. Dia duduk kat Tranung. Hehee..

Lepas jemput Tyra and Nwa kat rumah Tyra, kitorang ke kedai makan mama Tyra untuk tapau lauk.
Kihkihkihhh. Mama Tyra ni masak memang sedap. Lepas tu jenis mesti nak orang makan dia masak. Kalau tak ko jangan balik. Gitewww. Hahahah.. Anyway, thank you mama!

Perjalanan balik lama sikit sebab jem kat Karak. Before hantar diorang ni balik sempat singgah The Garage KL. 


Ok lah. Nora bagi 4 bintang. Eheee..

Sekian short trip ke Tranung. Bulan 10 ni akan repeat lagi. Sesiapa boleh suggest resort yang affordable tepi laut yang dekat dengan bandar? Yang survey tak berkenan di hati. T_T

Till then.
Babai.








No comments:

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE