Monday, February 28, 2011

Kisah Dentist dengan Liondance nye.

Kalau aku cerita pasal lion dance ni ada orang gelak tak eh?? sebab aku selalu kena kutuk ngan hencik lebah sebab lion dance ni tau. tulah aku tak suka setiap kali chinese new year. time ni adalah time2 horror bagi aku ya??? kalau korang nak tahu, aku cukup takut dengan lion dance. asal aku dengar je bunyi2 muzik lion dance tu, aku akan mengalami simptom2 seperti bijik mata terbeliak, jantung tiba2 palpitation, rasa peluh2 macam basah kat badan walaupon takde.. tapi kadang2 ada la peluh kat dahi. aku takut gila oh ngan si lion dance!!!!

tak tahu la nape aku boleh fobia pasal lion dance ni. aku takut gila tengok mata dia yang besar tu ha. pastu asal gerak je nak terkedip2 kan. nyampah aku tengok. tadi masa balik dari IOI mal tetibe aku dengar bunyi muzik2 lion dance tu kan. mana tak terbeliak mata aku carik mana datang bunyik tu. rupanya ada event apa entah kat Maybank depan tu. ada pulak lion dance. haish! bila aku dengar bunyi dia macam tetiba kuat kan.. aku spontan cakap camni.

"oh,please! jangan datang sini!!" <-- sambil badan ketar2. gelak2 kawan aku tengok.
ada sekali tu aku pegi Mid Valley ngan Cik Ima. time tu lepas raya cina. masa lepak2 kat dalam tempat bowling tu tetiba ada la lion dance ni datang buat show. aku dengar bunyi dari jauh dah nak lari keluar dari tempat tu. tapi tak sempat. memang takde jalan keluar. dorang dah blok jalan keluar tempat bowling tu buat show situ. aku dah memang rasa nak teriak kat situ. tapi sabar je sebab ramai orang. tapi singa ni nak datang dekat2 ngan aku. aku apa lagi. gelabah yang amat!!!! air mata dah bergenang sebab takut yang amat. badan gigil2. nasib baik si singa pegi tempat lain. phewww~ lega.

hey, walaupon ko pink aku tetap tak suka kau!!! jangan sekali-kali berharap aku akan suka ko ya?? cittt!!!!

Ni kisah pasal si Dentist pulak! dulu masa aku kecik2 aku suka je asal ayah ajak aku pegi Klinik Gigi Dr.Mansor kat Bandar Baru Sungai Buloh tu. tak tahu klinik tu ada lagi ke tak. tapi aku suka sangat dengan Dr.Mansor tu. dia dari Indonesia. aku tertarik la dengar cakap dia yang lembut tu sampai aku tak rasa pon dia cabut gigi aku hingga rongak atas bawah. time tu aku darjah 4. malu nak senyum. gigi depan lopong je. senyum je terus rasa macam ngilu sikit sebab angin masuk dari ruang2 lopong tu.

bila yearly check up kat sekolah tu aku tak penah missed. suka sangat sebab selalu dapat A. doc kata gigi aku cantik and bersih. mana tak nye. tahu je ada check up gigi, pegi sekolah gosok gigi macam gosok kertas pasir kat kayu nak bagi licin. pastu kalau dapat turn lepas rehat, sanggup takmo makan sebab nanti malu pulak nak nganga luas2 dengan sisa makanan penuh dalam mulut. hehehehe...
tapi,tapi,tapi.....masa aku Form 1, lepas check up gigi je dua-tiga hari lepas tu ketua kelas panggil aku pegi tempat doc gigi tu bukak segala kerusi and mesin2 dia tu ha. aku dah tak sedap hati. selalu kalau kena panggil mesti la sebab ada masalah kat gigi kan? setahu aku masa check tu gigi aku dapat A. nurse tu suroh aku baring. aku pon baring. aku masih was2. apa dia nak buat kat aku nih??? dah la nurse tu macam bisu je. tak explain pon apa procedure dia nak buat kat aku. pastu ada la sorang laki ni datang. amek mesin dia. terus pegi kikis gigi depan aku ni.

ko tahu kan bunyi mesin2 nak kikis gigi ni. ngilu dol kalo dengar. aku nak nangis dah kat situ.. wuwuwuwuuu~ apa salah aku ko tipu aku camni. kata gigi aku A. tapi ko pegi kikis2 ni apa hal??? sakit ko tahu tak??? lepas dia kikis2 tu, dia tampal balik. dah siap semua baru dia cakap, "gigi depan awak ni ada yang tak rata. so saya dah kikis sikit, bentukkan gigi tu and tampal balik." 

ah, takde guna dah semua penjelasan ko tuh! aku tak kan terima kata maaf dari mu untuk selama-lamanya. sebab kau lah, sampai besar ni aku takut ngan Dentist!
sekarang korang paham nape aku takut Dentist????

No comments:

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE