Tuesday, March 29, 2011

Cerita Bongek Aku dan Dia 2

Hari ni aku rindu gila kat budak moncet mata sepet so nak buat entry khas untuk budak senget tu.

kalo korang nak tahu, perangai dia ni hampeh gila. suka2 hati kutuk aku macam2. kadang2 sakit hati. kadang2 tak dapat nak marah sebab tengok muka selamba dia ngutuk aku tu sumpah lawak ok. contoh, walaupon muka dia ada jerawat, dia tetap nak kutuk muka aku yang timbul jerawat sebutir dua tu. 

dia: eee...muka dah la berjerawat!

aku: woi! ckp depan cermin ke??

muahahahah...ada hati nak kutuk aku. hamek lu sebijik! tapi aku bagi dia sebijik. dia tembak aku berbijik2. geram ohh!!!! 

kalau aku jadik passenger duduk kat belakang mesti tetiba dia tuduh kereta jadi berat. kalau aku duduk sebelah kanan, dia cakap kereta berat sebelah kanan. kalau aku duduk belah kiri, dia cakap kereta senget belah kiri. keji gila kan?? 

dia cakap aku kuat makan. tapi dia tu kalo aku tak habes makan, semua dia bedal. sape yang kuat makan skang??? cuba la kome pikirkannye...

dia suka jugak kutuk aku pendek. dia yang tinggi macam hantu galah nak salahkan aku yang berketinggian manusia normal pulak. huhhh! pastu bajet kalo dia duduk camtu baru dapat sama tinggi dengan aku. bongkak tol.

dulu cakap mata aku tak power sebab rabun. konon mata dia sepet power sangat la. siap boleh scan luar dalam dengan mata power dia tu. konon je. cerita nak up lebih. sekali skang pon dia pakai spec jugak. dah la tiru spec aku nak bingkai plastic jugak. copycat tol! tak caya tengok spec yang gantung kat baju dia tu. 

terbaru, gara2 aku sebok nak pegi tengok hot air balloon kat Putrajaya baru2 ni dia cakap kat aku macam ni.

dia: kenapa belon sebok nak pegi tengok belon lain??? <--nak kutuk aku gemok.

aku: tak payah nak kutuk orang belon sangat la. dia tu perut bulat macam bola. huhh!

ko bayangkan la...geram tak? geram tak??? kadang tengah borak selamba badak dia je panggil aku "Bam". wuwuwuwuwuuuu...kejam gile. aku tau ah dulu aku slim. sejak aku couple dengan dia enam tahun tujuh bulan lepas la aku start kuat makan ni! salah dia! aku tak kira!!!

tapi aku bukan gemok sorang2. dia pon dulu kurus macam galah. sekarang dah debab. pipi macam apam yang aku selalu makan kat kuala kangsar tu. perut bulat macam bola. muahahahaah...padan muka kena kutuk kat sini. dia kan, kalau gurau2 ngan aku kasar gila dol. selamba dia tolak aku sampai melayang2 aku tau! grrrr~ tapi sekali dia kena cubit kat perut sexy dia tu baru gedik2 nak elak2 manja. eee... geli jek!! muahahaha...

ok lah geng. sampai sini je. takmo kutuk orang banyak2. nanti pahala kurang. hahaha...

tataa...

8 comments:

aleeyaqaisara said...

korg sweet glew!hee

myra anne said...

hahaha.jgn sweet sgt. nnt dpt kencing manis.

Zura said...

hehehe...tahan jelah telinga myra...tp gaduh2 manja cm tue sweet pe...

myra anne said...

hahaha..sweet ke. skt ati ah!! =P

syakey said...

weeewit weeewit


XD

myra anne said...

syakey: wooott! woott!!

kechixx said...

kelakaw:p

myra anne said...

kechixx: gelakkan kte ek. hahah

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE