Friday, December 9, 2011

Kita tengok Ombak Rindu dengan Maya Karin tau!!

As Salam.

Pada tarikh 8Dec2011 jam 9pm-11.45pm aku telah menghabiskan masa bersama-sama si cantik Maya Karin. aku jumpa dia kat McD Mid Valley. tapi first time date sama-sama kan. aku macam malu sikit. lagipun ramai sangat serbu dia nak tangkap gambar.aku ngan hencik lebah pon malas la nak exposed. hahahhh..

ok tipu aku date dengan dia. tapi tapi tapi...aku memang jumpa dia.semalam aku pegi Mid Valley dengan hencik lebah nak tengok Ombak Rindu.sampai pon dah lewat dalam jam 9pm macam tu. wayang pukul 9.20pm. so sampai je, sementara hencik lebah pegi cari parking, aku pegi amek tiket.

masa tunggu depan GSC tu kitorang ternampak ada couple ni gaduh. laki tu tarik tangan pompuan ni. pompuan ni tolak. merajuk benar pompuan ni gamaknye. aku ngan hencik lebah terpinga2 tengok. pastu kitorang gelak. lantas kitorang segera buat sinopsis kitorang dalam versi tersendiri.

hencik lebah cakap,
"kita tak payah la beli makanan. terus masuk je", lelaki.
"saya nak jugak!", perempuan.

cerita aku pulak.
"saya nak handbag tu jugak!",perempuan.
"haishh!! membazir.tak payah beli!", lelaki <--hencik lebah tolong sambung cerita aku.

jahat gila kan kitorang?? hahahahhh. lepas habis buat sinopsis hencik lebah sibuk nak seludup masuk McD time tengok wayang. dia pon pegi McD sorang2. aku tunggu depan GSC tu je. tetiba dia call.

dia: ayang, Maya Karin ada kat McD. meh datang sini.


aku: haa?? ayang nak tengok dia!!!

lalu aku pon gopoh2 pegi McD. lalu ternampak la ramai orang berkurumun kat pompuan cantik ni. aku pon tetiba debar2. dapat jumpa artis, siot!!! hahahah.. gila jakon. tapi aku jakon sebab dia memang cun okeh.
aku sibuk2 nak dia autograf tapi takde pen. nak snap pic, hencik lebah tak sudi nak tolong snap kan.

lepas tu kitorang pulak bergaduh.

aku: bee, ayang nak tangkap gambar dengan Maya Karin. tolong la snap kan!


dia: ha, pegi laa..malas bee nak layan.


aku: tolong la...cane nak tangkap pic ngan dia camtu.


dia: eh, pegi la sendiri.


aku: haishh!! pape entah. 

dia: ha, ayang!! bee tau nape couple tadi tu gaduh. mesti pompuan tu nak tangkap pic ngan Maya Karin tapi laki tu tak nak tolong snap kan.hahahhh


aku: ooo..macam kita gaduh sekarang la ye bee??


dia: aah...


aku: bongek tol bee ni!!!

hahahaahhh...sengal tak sengal kitorang ni?

So masa Maya Karin lalu depan kitorang nak nasuk wayang aku pon tengok je dengan wajah hampa tak dapat snap pic dengan dia. dia dengan kengkawan dia. Jeslina Hashim pon ada aku tengok. kecik cenonet je orang nye.

Sekali masa nak masuk bahagian koyak2 tiket tu nampak lagi Maya Karin tengah snap2 pic. aku pon apa lagi.sebok mencelah. hahahahhh.. siap bagi isyarat mata paksa hencik lebah snap pic aku. gila bersungguh2 aku ni ha. terpaksa la hencik lebah melayan kehendak hati kekasih yang tak dapat di tahan2.



kitorang duduk kat seat yang sebaris ye. seat huruf F, hall 3. hahahahhh. ok kenangan. cun kan Maya pakai baju kurung. kalau pakai tudung lagi la cantik... hee..

tamat je cerita semua orang tepuk tangan. sweet jek. tapi lampu hall tu tak bukak2 pon. mungkin takut Maya kena serbu lagi. so terpaksa la jalan keluar dalam gelap. haishh..lain kali pasni dah tau la ek. kalau lepas habis wayang lampu tak bukak maknanya  ada artis la tu tengok dengan kita. hahahahh.. sinopsis aku ngan hencik lebah lagi.

ok la. sekian.

p/s: nampak tak sebab tuan tanah lama tak upload pic? sebab dia dah sangat "bahagia". mak aih!! nak kena diet nih. tahun depan nak naik pelamin.
oppss!! pelamin kawan baik saya la. hee..

7 comments:

I`mulan said...

best ar dpt tangkap gambar ngan maya karin... nak tau Mulan dapat tangkap gambar dengan siapa masa tengok Ombak Rindu haritu meh click sini...
http://emasriee.blogspot.com/2011/12/review-ombak-rindu-sempat-bergambar.html

Myra Anne said...

mulan: oo snap pic ngan zarina zainuddin ye..huhu

wanyf said...

ehem.nak sain.hee

Myra Anne said...

wanyf: nk kte sign anytime bole..nak maya kena pegi cari dia la..hahahah

Nelly The Strange said...

so sweet !!
wah . . . untung nya ambil gambar dengan maya karin ! nak2 !!!

Myra Anne said...

nelly: hee..jgn jeles!

Zura said...

Sempoi je...

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE