Wednesday, February 8, 2012

Bandung Trip Teaser

As salam.

Seperti yang aku kecoh-kecoh kan dalam entry lepas aku nak pergi hunymoon kat Bandung kan. haa,aku pergi 18Jan-21Jan lepas. dah lama dah... tapi aku takde masa nak edit pic sepanjang kitorang kat Bandung sebab pic nye punya la super duper banyak. aku tengok pon dah pening. hahaha.. yang aku update ni pon dari henpon je.. tu aje sempat.

Ni sebab ada la dua-tiga orang yang tanya kenapa lama tak update blog. aku pun dengan gigih nya la update. lagipun esok aku start cuti 4 hari. tak bawak laptop balik Sungai Buloh. tu yang aku nak tinggal kan korang dengan sikit cerita. hee..

ini masa kat LCCT. 
tiket patut pukul 3.30pm. tapi delay..
macam biasa la.. pukul 4.05pm baru flight berlepas.

ok. ini lepas dua jam. dalam pukul 6pm camtu.
Husein Sastranegara International Airport.

Airport kat Bandung ni airport kecik je. dari cerita yang aku dengar dari ayah aku, airport ni ekceli cuma tumpang kawasan tentera udara dorang. sebab Bandung sangat padat. memang takde kawasan nak buat airport baru. masa nak mendarat pun, flight akan lalu atas2 rumah orang. ewww! seriau, mak! huhuu..

kat sana cepat gelap and cepat siang. dalam pukul 6pm camtu langit dah macam maghrib kat sini.. kalau 6am pulak macam dah pukul 8am kat Malaysia. kat sana aku tido malam pukul 10.30pm camtu. sangat awal ye! kalau waktu Malaysia dah pukul 11.30pm. cepat betul aku sesuaikan mata aku ikot masa kat sana. sebabnya pukul 5am lagi mata dah segar. dah bangun tengok TV bagai. kalau kat sini 5am tu memang syok sangat buat tahi mata. hahahahaaa..

Ok lah. tu je intro aku nak bagi. pic2 lain terperam lagi dalam camera. minggu depan lepas habis cuti aku update lagi ok? 

Ouh, taknak kepochi ke aku cuti 4 hari pergi mana??
Ehem2...
Kita.....












Kita....kita...
Ermmm..malu...^_^












Kita nak pergi Masjid At-Taqwa,TTDI Damansara.
Ada kursus kawen.
Heee...malu ahh!!
Bye.

6 comments:

Zura said...

Teringin nk g bandung...blm dapat lg...

ghost writer said...

i LOVE Bandung!!!

my home!

Myra Anne said...

zura: nanti pegi bawak duit banyak2. bes ohh shopping kat sana.

Myra Anne said...

ghost: ur home?? wau bestnya!

fae jamal said...

ehem ehem..dah nak kawen yea..?
fae pon baru lepas pergi kursus kawen..hihi

Myra Anne said...

fae: lambat lagi nak kawen. tak tahu bila. tapi kursus dah pegi..hahah

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE