Saturday, November 17, 2012

Handmade Guest Book : special for Nana's wedding

As Salam.

Tanggal 10 Nov 2012 (lepas Asar) yang lalu bestfriend aku since 1st day masuk kolej nursing dulu dah selamat jadi wife kepada Hencik Izzuddin. 11 Nov pulak dorang punya kenduri yang di buat di kawasan pool rumah si Nana. sangat simple tapi sangat sweet wedding ni tahu? nampak tak berapa kali word "sangat" tu keluar. ha maknanya memang aku suka sangat la tu. hikhikk.

Jadi sekarang selamat sudah la dua2 bestfriend aku zaman kolej jadi bini orang. aku je tak selamat lagi ni apa cite wehh?? nak tunggu couple sampai 10tahun ke? hohohhh.. untuk wedding nana ni, aku bagi dia hadiah handmade guest book. lepas berbulan kumpul barang sikit2, last 2 weeks before wedding dia baru aku pulun buat habis-habisan. sebab aku ni pesen buat keje last minit baru ade idea. heee..

jom la tengok hasilnya. meh meh...

front page

Doa pengantin baru.

kad comel untuk kawan-kawan tulis wedding wishes

"Please sign here - remember today's special"

simple pocket note


ala-ala memo sticker punya style. ekceli ada aku tambah lagi kat page ni.
tapi pic tu tak dapat read pulak bila masuk lappy. =(

pick your card. and start wishing the pengantin. =P

Any message for the bride? =D

page ni pon ada greeting for the guest ekceli tapi pic yang de greeting tu tak dapat read jugak.
jadi mari tumpukan perhatian pada seni buat kad yang baru aku belajar. hikhik

last page.

Konsep guest book aku ni "Anywhere you can write". hamboihh. tak menahan je konsep kan. tapi betul la..walaupun korang tengok page dia macam sikit, tapi kad kecik yang aku selit kat poket-poket kecik tu boleh ditulis depan belakang. so takde alasan "Eh,mana ada ruang nak tulis dah. malas lah wish!" NO, NO, NO ok??? 

Alhamdulillah, komen-komen yang di terima semua positif. 1st time aku buat guest book. aku buat style aku ala-ala scrap book. yela, selama ni keje handmade aku semua untuk hencik lebah je. mana penah bagi orang lain. hikhikk

Komen ibu: "ko nih ada-ada je keje ko. pi snap pic banyak-banyak. ibu nak upload kat Fb ibu" =)

Komen ayah: "cantik! untuk wedding ko bila pulak???" +_+

Komen hencik lebah: "cantik..pesal buat canggih-canggih untuk orang lain nih?" aik, jeles ke bang? 

Lepas ni nak start buat untuk sorang lagi bestie dari zaman sekolah rendah, Cik Mimi. bulan ni je dapat panggil Cik pon. lepas 12 Dec 2012 nanti kalau2 ada nama dia naik kat blog ni, kena tukar jadi Puan Mimi pulak. hahaha..

So, siapa next??? *ayat nak amek tempahan*

^_^

Tataaa...


4 comments:

Zara Zainudin said...

haah.. memang cantik.. sayang nak conteng2..

nape la tak wujud awal tahun rituh..

Myra Anne said...

zara: hikihik. mekasehh.. takpe nak book utk anniversary pon bole..

Farah-Izzaty said...

ahah! aku dah tau dah la nak order kat sape utk guest book aku nanti.. *wink*

Myra Anne said...

farah: order 3bulan awal k?? huhu

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE