Monday, November 26, 2012

Perlukah pelamin tunang & mini pelamin for nikah??

Asssalamualaikum.

Pepagi nih tetiba rajin benar online. dan..ehh? tersearch pulak gambar2 mini pelamin. orang zaman sekarang ni bertunang pon nak pelamin bagai. yang jenis DIY takpelah. dah tentu jimat. macam masa si gula-gula kapas Puan Nana, bertunang dulu. pakai je kerusi jati mak dia. pastu letak backdrop langsir cantik2. tadaaa...siap dah.

ok2. fine. pelamin memang la cantik. lagi-lagi yang cantik macam ni.


haaa..santek kan.tapi ni mini pelamin tau. kalau aku, pelamin macam ni takde mini2 nya. memang aku buat untuk wedding je. i love something simple and nice. tapi untuk tunang aku rasa macam no no no je. membazir tahu?

aku ni memang sederhana sikit. penah bergaduh dengan hencik lebah pasal aku taknak bertunang. last2 aku cakap kalau nak sangat bertunang tak payah hantaran bagai. aku taknak! pastu bergaduh lagi sekali, confirm tak payah tunang. nikah terus. yeayyy!!! hahahaha... bagi aku, kalau nak sangat bertunang, cukup la sarung cincin je. takmo la kenduri siap pelamin apa semua ni. orang ikot trend je pon pelamin untuk tunang ni. saja nak prop cantik untuk tangkap gambar kan? 

biasanya kalau mini pelamin untuk nikah pulak orang buat kat rumah sebab kendurinya nanti buat kat dewan or other place. tapi bagi aku, dalam dunia yang banyak nak pakai duit ni, tak perlu la kot nak banyak2 pelamin. nikah kat masjid, balik rumah buat jamuan ringan. pastu boleh la pergi outdoor photoshoot. kan?? 

alaaaa...orang dulu2 takde mini pelamin pon, hidup aman damai bahagia je sampai sekarang. betul tak? lagi jimat. tak payah la buat personal loan bagai semata2 nak wedding yang grand kan? penah ada case kat kawasan rumah aku ni, pakcik tu buat loan ngan ah long semata2 nak wedding anak dia grand. kesian tahu? demi anak, bapak sanggup buat apa saja. pastu kena kejar ngan ah long sebab tak mampu bayar loan. anak dah selamat kawen, tak amek tahu mana bapak dapat duit untuk kenduri dia.

kesimpulannya bagi aku, mini pelamin untuk tunang and nikah ni tak perlu pon.. sekadar ikot trend. apa kata kita buat lain sikit?? kita buat style orang lama2. pelamin untuk majlis kenduri je cukup. jimat pon jimat. life after married yang penting. lagipon, ramai kawan2 aku yang dah kawen cakap benda yang sama lepas selesai majlis dorang.

"Eh, ini je? dah settle dah?" 
"Kejap je nak duduk atas pelamin ni rupanya. apa yang sampai 3-4k aku bayar nih?" hahahahaa

tapi haritu pergi survey pakej2 kat bridal butik masa karnival kawen kat PWTC tu, pakej kat dewan semua 4k ke atas. mak oii mahal nye!! tu pon pakej biasa2 je. jadi kawan2 yang nak kawen tu, jimat la selagi boleh ye?? ingat, lepas kawen tu yang penting! ni peringatan untuk diri sendiri jugak. bagi korang yang dah ada bajet untuk mini pelamin ni, teruskan la. tak salah pon. tapi bagi yang kewangan tak bape cantik tu, cut cost jela mana yang tak perlu ok? orang takkan mengata pon pada benda yang takde.. *ditujukan kepada makcik2 yang suka banding2 kan kenduri orang* lalalaalalaaaa....

eh. banyak pulak aku cakap. diri sendiri entah bila nak naik pelamin. asek naik pelamin orang je. hikhikk..tataaa...



7 comments:

LydSunshine said...

Bagus. Setuju sgt dgn pemikiran awak. Yang penting lepas kawen tu byk lagi duit nak pakai. Dan jgn sampai buat personal loan dgn bank semata2 nak nampak grand masa kawen. Sebab last2 nanti, tetamu yg dtg takde pun yg akan ingat majlis kita tu. hanya kita sendiri je yg ingat. So buat simple2 je cukup asalkan kenangan itu indah utk kita. Good luck ye. *singgah tgk gmbr pelamin itu.

Myra Anne said...

Lyd: yupp..life after married yg lg penting. tak perlu nak membazir utk majlis yg sekejap jee..

Zakia said...

saya sangat setuju dgn awak..saya pun tak suka mini2 pelamin untuk tunang. Kalau pelamin tu utk wedding je..tu pun nak yang sesimple boleh..hee

Myra Anne said...

zakia: aah. tau takpe..memang kalau noleh nak simple je. asal dah lepas yang wajib sudah...

Cik Suraya said...

dtg sini sebab jmpe pic ni kt google imges...ngah cri plamin ni....berk
brkenan! cantik sngt!!!

ct cucubi said...

betol2.. sy pon tgh asik buat kire2 je.. huhuhu. try cut mne2 yg boleh cut..
cantiknya pelamin ni.. sape vendor die ye?

Myra Anne said...

ct cucubi: cut mane x perlu. jgn bazir ye! hikhikk.. kte pon tgh cuit cost jugak nih. emm x sure butik mana buat pelamin ni yang. kte jmp kt google jek.hehee

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE