Wednesday, April 24, 2013

Kisah bertunang dan sireh junjung

Assalamualaikum.

Saat aku tulis entry nih, aku dah selamat jadi tunang hencik lebah selama dua hari. kihkihkihh...lawak tahu??? sebenarnya kisah nak bertunang adalah salah satu benda yang tak dirancang kitorang sebab before ni dah decide masing2 taknak tunang. awal tahun ni aku dapat offer untuk apply sambung belajar dalam Pediatric Course. jadi aku pon tanya kat dia.

"Kita nak kawen bila ni?kalau lambat lagi kita nak pegi sambung belajar"

"Errr..nanti bincang dengan family dulu," katanya.

Dan pada 19January2013 dia pon bincang dengan family dia. lalu laju2 bbm aku.

"Kita tunang 20April ni ok?"

Masa tu aku tengah drive nak balik Sg.Buloh. masa baca ni kepala otak aku macam lampi tiba2. tak dapat catch up. sambil drive aku curik2 lagi baca bbm dia tu. ade la dalam 5minit kot baru message tu sampai kat otak aku. bila dah dapat terima kenyataan, langsung aku gelak berdekah2. walaupon sorang2 dalam kereta. kahkahkahhh.. rasa lawak tiba2. eh. seronok ke lawak? aku pon konpius.

Start dari tu preparation pon bermula. bukan takat preparation nak tunang je. preparation kawen pon kitorang settle kan sekali. tiap2 minggu asal ada Pameran Pengantin haruslah muka kitorang muncul kat situ. paling best bila pegi carik catering. food testing paling aku suka sekali. hikhikk. jadi, masa February semua yang harus di booking untuk wedding dah kitorang settle kan. bulan March aku focus untuk tunang pulak.

Eh, lupa bagitau. date bertunang aku ditunda sehari sebab penamaan calon untuk PRU13 tu dibuat pada 20April kan. sebab ayah aku busy time tu, jadi wajiblah ditunda ke 21 April 2013.

Jadi, setiap kali cuti haruslah di isi dengan perkara bermanfaat. contohnya ini.

buat sireh junjung. takdelah junjung sangat aku punya ni. tapi aku suka gila. sebab aku buat sendiri. hahaha. guna daun sireh artificial je. tapi nampak macam daun fresh kan?? disebabkan semua benda aku decide nak buat sendiri, jadi guna daun fresh adalah tak praktikal untuk aku dan masa aku yang terhad. so daun artificial ni jadik pilihan sebab boleh buat awal2.

Apa kata aku terus je tunjuk cara aku buat sireh junjung ni. lain entry boleh cerita pasal benda lain. ehehee..
Barang2 yang di perlukan:
- gabus (ikot suka nak size apa)
- crepe paper kaler hijau (untuk balut gabus)
- bunga (ikot kesukaan korang)
- gam UHU
- gambir,pinang dan kapur (sebagai mengikut adat)


potong batang bunga ni agak2 korang nak cucuk berapa dalam. tapi penting sekali, batang bunga ni jangan dibuang. boleh guna untuk dijadikan batang daun sireh macam dalam pic bawah ni. jangan membazir okeh?? re-use apa yang boleh.

gam kan hujung daun dengan UHU pastu lilitkan sampai jadi macam kat pic tu.
buat banyak2 ikot korang la nak cucuk banyak mana.

mula cucuk bunga dari bahagian tengah. 
so korang boleh agak nak bentukkan dia macam mana kasi simetri.
*petua dari aku yang zero ilmu pasal gubahan bunga*
kihkihkihhh

bila dah siap jadi la macam ni. 
lepas tu start la cucuk daun sireh sampai jadi macam kat pic first tadi.
last sekali korang cucuk la pinang,gambir and kapur tu kat mana2 korang rasa cantik.
and siapppppp!!!! huhuuu..senang je.
ni first time aku gubah bunga. hasilnya ok lah..taklah cantik. tapi aku puas hati sebab hasil tangan sendiri.


bunga ros tu aku beli kat kedai kat Semua House tu dengan harga 1 ikat = 10 kuntum = RM 10.90.
pinang,gambir and kapur yang dah siap dibentuk bunga tu, aku beli kat kedai yang jual barang2 kawen ni dengan harga RM20. mahal gila kan? huhuuu. aku rasa macam tak patut je. 

Tips: untuk dapat bunga dengan harga berpatutan + super cantik (nampak macam fresh flower) boleh pergi kat Kaison,Paradigm Mall (sebelah Popular). aku bandingkan harga bunga kat Kaison and kedai kat Semua House tu, Kaison lagi murah wooo. nyesal aku beli kat Semua House. huhuhuu.

Sampai sini je dulu. tunggu next part entry pasal bertunang ni pulak ye.

Adios.









7 comments:

ct cucubi said...

tahniah! :)

Zura Zue said...

selamat bertunang...semoga berkekalan hendaknye... :)

fae jamal said...

Selamat Bertunang dear :)
kreatifnya cantik sireh junjung tu. masa fae kawin/tunang dulu pun beli bunga kat semua house tu. hikhik. eh, bila nk kawin tu?:)

Myra Anne said...

cucubi: mekasih dear!

Myra Anne said...

zura: amin...doa yg sama utk awak juga =)

Myra Anne said...

fae: thanx!! insya allah bulan 11 ni. heee

Teena Tna said...

Tahniah sis! Sabtu ni akak Teena pulak. Akak doctor ke sekarang?

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE