Thursday, April 25, 2013

The Engagement's Day - Doorgift

Assalamualaikum. 

Entry ni akan bercerita pasal doorgift je. walaupon cuma bertunang, tapi aku saje2 nak bagi doorgift buat ingatan orang2 yang datang meraikan aku jadi tunang si hencik lebah tu ha..hehehe. tetamu harus dihargai okeh?

Barang-barang yang diperlukan:
- botol kaca (aku recycle botol2 susu ready-made kat nursery hospital je)
- dawai halus
- kain net
- potpourri
- perfume drop for potpourri
- ribbon
- gam UHU

Tadaaaa...

Gift ni haruslah simple aje kan. sebab aku buat sendiri jek. cadangan aku kat korang2 yang nak bagi gift untuk Engagement Day korang haruslah jangan membazir ye. banyak lagi hal kawen yang lagi penting wajib korang dulu kan. kawen nanti kita bagi doorgift santek2 and mahal sikit yek. hehehe

Another gift.

Frame kaca tu di sponsored by one of Eby's friend. Eby ni adik laki bawah aku. dah kawan dia nak bagi. aku terima je seikhlas hati. huhuuu. syukur,Alhamdulillah. cookies tu pulak ayah yang sponsor. dah alang2 banyak orang nak sponsor pulak kan. aku beli paper beg tu kat Pasaraya OTK kat Puchong ni dengan harga RM5 something tak silap aku. 1 packet ni ada 100pcs. hias comel2 dan jadikan doorgift. =)

*mintak ampun kat Famy and Akmal.lupa bagi korang gift ni. adoiyaiii.

Gift ni aku asingkan dua. yang paper bag ribbon purple aku isi potpourri and cookies untuk jemputan yang datang. yang ribbon pink pulak aku isi frame kaca and cookies. khas untuk kawan2 baik and family hencik lebah. 

Yang ribbon purple-pink ni pulak khas untuk hencik lebah. kuikuikuiii. ni special sikit. ada something extra kat dalam. hehehe...

"Maafkan bulu aku yang serabai.lupa nak sikat," kata Teddy.

Ok bai!





No comments:

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE