Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, August 2, 2013

Wedding preparation.

Salam.

Nama je bride-to-be. tapi takde pon update pasal wedding preparation. hikhikkk.ok, harini mari kita update pasal kahwin, kahwin dan kahwin.

Bridal boutique
Untuk bridal site,aku decide nak amek khidmat Nana Bridal. Kak Lyana, owner butik ni memang friendly dan sangat membantu bila bab2 bagi pendapat ni. kita bole bincang apa2 pon dengan dia. macam borak dengan member. hehee.. and paling bst Kak Lyana sangat memahami bila dia benarkan aku bayar ansuran sikit2 sampai la ke majlis nanti. huhu.. yelaa, mana pulak nak datang sedebuk duit bayar itu ini bila cerita pasal kahwin ni kan. mestilah banyak lagi nak kena bayar. =P


Address Nana Bridal:
No17-1, Blok G, Jalan Rampai Niaga 5, 
Rampai Business Park, Wangsa Maju,
53300 KL.

For the groom site pulak kitorang gunakan khidmat ZSD Bridal Boutique. Pakej butik ni memang affordable. Baju-baju dia pon cantik and banyak pilihan.


Masa kitorang pergi butik ni kitorang terus booking and harus bayar half payment. then bila kitorang pergi first fitting baju kitorang bayar another half payment. so, dah settle semua. yeayyy!!! ada jugak snap pic masa fitting baju haritu. tapi malu ah nak tayang. nanti takde seri pulak. kikikiii..

Address ZSD Bridal Boutique:
22B, Jalan Permai 2,
Puchong Permai,
47100 Puchong, Selangor.

PHOTOGRAPHY &  VIDEOGRAPHY
Lepas tawaf Pameran Pengantin kat SACC tu 15kali baru la hencik lebah jumpa pakej yang berkenan di hati. 


Boleh tengok video2 MLS ni kat youtube. memang sweet and touching je. huhuu..

Untuk pre-wedding photoshoot aku akan guna khidmat kawan aku Si Faireezal Effendi Glizzy. masalahnya sekarang takde masa langsung untuk pre-wedding photoshoot. wuwuwuuu... hencil lebah, sila luangkan masa untuk ini. Boleh tengok kat Facebook Chalet Cinta untuk gambar2 yang cantik! =)

UPACARA BATAL WUDU'
Untuk yang ni, hencik lebah bagi gelang je kat aku. beli kat kedai favourite aku la.Poh Kong..hehehe..tapi untuk dia, aku tempah khas cincin untuk dia dari Anggun Klasik. bakal-bakal pengantin sekalian boleh tengok kat website Anggun Klasik jugak ye.

Kat bawah ni antara contoh custom made ring Anggun Klasik ni. cantik kan??



So itu saja la yang aku dapat ceritakan so far. semoga dapatlah tolong korang2 yang B2B jugak macam aku. aku pon banyak google untuk cari yang terbaik untuk my wedding. heee...

Till then...

Tataaa...






3 comments:

ezan said...

hai myra!

samalah kita izan pun ambik zsd jugak hehe, en btw your wedding bile?

izan ada something nak tanya, boleh bagi facebook tak? ;)

Myra Anne said...

dah bagi link kat blog izan ye. =)

Limousine said...

It is very nice to prepare your wedding day.

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE