Friday, November 28, 2014

Duduk dengan mertua??? Errr...




Assalamualaikum.

Alhamdulllah dah hampir setahun jadi bini orang. Dan dah cukup dua bulan jadi fully housewife sementara waktu. Juga dah hampir setahun duduk dengan family in law.

Banyak tanggapan orang bila kena duduk dengan MIL (mother in law) kan?? Ada cakap tak boleh ngam, ada cakap nanti masam muka. Memang sejak before kahwin husband dah cakap lepas kahwin kitorang akan duduk dengan mak dia. sebab mak dia tak berapa sihat. risau nak biar tinggal sorang2. lagi pulak husband is the only son in the family. so dia rasa lebih bertanggungjawab.

Macam2 perasaan timbul bila fikir kena duduk dengan in laws, Takut? Risau? Mampu ke jadi menantu baik depan mata MIL? Boleh ke MIL terima segala perangai buruk aku nanti? Ibu aku selalu pesan before kahwin dulu.

"Tempat seorang isteri tu di sisi suaminya, Tak kira husband ajak duduk kat mana pon, kita kena ikut."

Sebab pesanan ibu ni lah, aku ikhlaskan hati aku untuk buat pengorbanan demi suami, supaya dapat tolong dia jaga mak dia. Aku tak mintak pape balasan pon kat dunia ni. Harapnya semoga Allah bagi yang terbaik je untuk aku dan husband.

Dan semua persoalan tu... alhamdulillah. aku masih selesa duduk dengan MIL hingga ke harini. Sebenarnya ada kebaikan duduk dengan MIL di awal perkahwinan, Contohnya:
  • dapat saving duit - tak payah spent duit untuk bayar sewa rumah
  • lebih rapat dengan family in law - sebab baru2 kahwin kita tak kenal lagi semua family belah lelaki.
  • kurang bergaduh laki bini sebab kena jaga hati banyak pihak. so lebih sefahaman.
Ada jugak keburukan dia. Contoh:
  • tak boleh bangun lewat. hehehe
  • kurang privacy - tapi kalau aku ni ikot dan aku je nak gedik2 ngan husband kat mana pon.
Ada kawan2 yang cakap.. macam mana la aku boleh tahan lama duduk dengan family in law. hehehe.. cara dia senang je..
  • kena lebih paham diorang
  • jujur!!! 
  • pandai ambil hati MIL
  • macam aku ni selalu duduk dalam bilik sebab buat kerja online, aku explain kat MIL. so takdelah dia pikir bukan2 nanti.
  • jangan masuk campur hal family in law melainkan disuruh masuk campur.
  • jaga anak dia elok2. takdelah dia nak marah kita sebab layan anak dia entah pape kan.
Kadang tu malu jugak. sebab aku ni bahasa kalau buat kerja tak reti nak diam2, sopan2. kadang tengah cuci pinggan tiba2.. gedeganggg!! pinggan terlicin dari tangan. heheheh.. MIL aku pulak lawak. nanti dia buat2 halau kucing konon kucing yang buat bising. hahahah.. kalau datang malas aku nak masak, aku cakap je.. mak nak makan apa arini? orang malas masak.. nak beli jee.. ehehehh. macam tula contoh aku tunjuk kejujuran aku. hikhikhikkk,

Syukurlah MIL, FIL and family yang lain dapat terima baik buruk aku ni. Apa lagi nak mintak? Cukuplah apa ada ni..

Kepada bakal2 pengantin kat luar sana yang dah plan nak duduk dengan family mertua lepas kahwin, jangan risau. Cuba sehabis baik kita untuk jadi menantu yang diterima keluarga mertua, Jangan fikirkan tanggapan orang yang macam2. Pemikiran negatif orang bila duduk dengan mertua. Cuba dulu! Pengorbanan kita ni, akan datangkan banyak kebaikan untuk kita nanti, in shaa Allah.. =)

Sekian. Tata.. 




4 comments:

Dila Gebu said...

Alhamdulillah, semoga hubungan diberkati Allah

Jom kita makan Minyak Ikan

ct cucubi said...

Kite pon dah kawen setahun.. masih lagi PJJ.. hujung minggu balik rumah MIL.. so masih lagi ada gab sikit.. mungkin tahun depan duduk dengan MIl sbb husben yang jaga dia.. betul kata awak.. ada pro and cons...nasib dpt mak mertua yg jenis suke beli je makanan.. cuma tulah x de privacy.. bila dok umah MIl kene kene lah pandai2 amik ati MIl dah namanya menumpang aje kan.. papepon teringat pesan makcik sebelum kawen.. jgn kite merampas seorang anak lelaki dari ibunya.. insyaAllah kita cuba buat yang terbaek..

Myra Anne said...

ct cucubi: kte pon hampir2 PJJ. tapi takdir Tuhan tentukan duduk ngan suami. hehehe..memang takde privacy awak.. sebab tu masa before kawen kitorg buat perjanjian setiap minggu sekali mesti kena dating berdua sekali. huhu..

in shaa allah awak pon boleh. caiyok!!!

ziezah.com said...

jijah Alhamdulillah MIL n FIL ok.. takde masalah nak duduk dengan dorang cuma kadang2 rasa kurang selesa n malu..heee

nasib baik rumah mak dekat jadi baik duk rumah mak sendiri..lg selesa na buat apa2 pon..

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE