Friday, March 20, 2015

Resepi Spiral Blackpepper Simple

Kadang-kadang bila malas masak memang pasta je jadi pilihan menu sebab mudah and simple tapi kenyang. So haritu try la masak Spiral Blackpepper ni. Sedap pulak. Eh.. hehehe.. Korang cuba tau!



ok. First step.

Rebus spiral ni 7-8 minit.
Campur sikit minyak dan garam masa merebus ni.
Bila dah lembut, buang air dan tapis spiral ni kemudian ketepikan.

Bahan-bahan
  • Bawang merah 4 biji (tumbuk sampai lumat)
  • Bawang putih 3 biji (tumbuk sampai lumat)
  • 1 sudu blackpepper (tumbuk halus)
  • 1 or 2 batang lobak merah (potong dadu)
  • Brokoli ikut suka nak banyak mana (rebus biar lembut)
  • Daging kisar 1 paket
  • Sos tiram 2-3 sudu besar (agak-agak ikut korang rasa macam mana)
Cara-cara
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih dengan sedikit minyak hingga naik bau
  2. bila dah naik bau, masukkan carrot. goreng kejap biar carrot empuk.
  3. kemudian, masukkan daging dan goreng hingga masak.
  4. bila daging dah masak, masukkan sos tiram. Kacau biar rata.
  5. taburkan blackpepper. masukkan sikit-sikit, pastu rasa. takut korang panas kepedasan. 
  6. kacau biar rata. bila dah rata, rasa sikit. kalau still kurang rasa, masukkan garam.
  7. bila rasa dah cukup, masukkan spiral tadi dan kacaulah sampai rasa dia sebati.
  8. last sekali baru aku tepekkan brokoli kat atas dia biar nampak hijau sikit.
Tips:
- masa tengah kacau tu selawat banyak2
- masak dengan penuh kasih sayang

hehehehe..

Tataaaa..




2 comments:

Zie Madini said...

sedapnya. nak try lah nnti

Myra Anne said...

Zie: sedap n senang! hehehe

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE