Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, March 21, 2015

Trip ke Cambodia Vol 3 (Phnom Penh)

Assalamualaikum.

Hencik lebah ke futsal malam ni jadi boleh la sambung menaip. Simpan lama2 kang berhabuk pulak. hehehe. Entry ni scheduled untuk keluar pagi ni. Entry ni jugak penuh dengan gambar. tapi malas nak buat part lain. Kita sumbat je satu entry ye? huhuu.. Jom sambung baca.


14 March 2015 (Day 3)

Hari ni adalah hari shopping bagi kitorang. Hehehehe. Excited much! Lambat sikit kitorang keluar sebab dah penat dua hari bangun awal. Mula-mula kitorang ke Russian Market or orang sana panggil Toul Tom Poung Market.

Kitorang deal dengan tuk-tuk driver depan hotel ni je. Mr.Lucky nama dia.

Hotel - Russian Market - Central Market - Lunch - Royal Palace = 16$ (RM 59.20)

Anak-anak dara Pakcik Din yang tak available. =)

So start dengan Russian Market eh. Kat sini memang heaven gila shopping. Tak tahu nak cakap. hahaha... Over tak??? Tapi dalam ni panas la. Aku bawak handheld aircond tu tapi lupa nak pakai sebab shopping tak ingat, hehe..


Mula tu aku memang aim nak beli kasut. So cari sport shoes. Kat Cambodia ni memang susah ye nak cari size kasut. Aku biasa pakai size 41 or 42. Tapi kat sini kebanyakan kasut dorang size besar pun sampai 41 je. Boleh la aku nak pakai tapi elok2. Tu belum sarung sox lagi... So aku tak jadi beli. Jumpa pulak kat satu kedai ni size 42 tapi macam yang display punya pulak, Kotor je.. Tak jadi beli T_T... Teman hencik lebah je.


Dalam ni semua benda ada. Kasut, baju, jeans, kain ela cotton tu, baju dalam, pasar basah, barang hiasan rumah, mangkuk hayun hiasan, beg, barangan kulit and paling rare, jual barang-barang motor macam kat bengkel tu. Ada satu side memang jual barang-barang motor je.. hehehe..

Mangkuk hiasan
Pot comel

Hiasan teko

Longchamp 5$ (RM18.50) untuk size large and medium.
Kualiti sangat bagus. Made in France pulak tu. =)

Mangkuk hiasan yang colourful

Hiasan dinding rumah dari kayu

Lampu hiasan yang memang gorgeous!


Datang Cambodia wajib rasa Air Tebu dia. Memang manis + sedap gila!!!
Tak nampak pun dia letak air gula weh. Lepas mesin tebu tu, dia terus tadah dalam besen and terus masuk dalam cawan. Pulak tu dia lenyek tebu ni sekali dengan limau. Awesomeeeee!!!!


Ok cukup Russian Market. Apa aku and hencik lebah beli kat sini? 

- Sling bag Cath Kidston : 14$ (RM 51.80)
- Deuter 45 : 11$ (RM 40.70)
- Adidas shoes : 23$ (RM 85.10)
- Belt : 15$ (RM 55.50)
- Plastic bag 1 pack (utk kegunaan bisnes) : 6000riyel/1.5$ (RM 5.55)
- Air tebu x 4 = 1.5$ (RM 5.55)
- Longchamp medium x 5 = 22.5$ (RM 83.25)

Total = 88.5$ (RM 327.45)

Cath Kidston tu 1 je aku jumpa kedai nya kat Russian Market ni. Kat CM pun takde. Kualiti sama macam ori. Tak tahu lah ori ke tak. hahaha. aku pun tak reti nak cek lagu mana ori ke tak ni. Yang aku tahu beg yang aku nak kalau kat sini dalam RM200-300 kot. =)

Dah selesai kat Russian Market ni kitorang ke Central Market pulak. Kat Central Market ni banyak jual aksesori perempuan macam gelang, subang, batu jed, rantai, handbag, kasut Nike, Adidas, New Balace, Fitflop.. Baju-baju and seluar apa semua ada jugak, Kat sini pun tempat yang bagus kalau nak beli T-Shirt Cambodia sebab lebih murah.

Cinta cintong gua

Sama tak gigi rebit kitorang. =P

Ni Latifah. 
Kitorang shopping dengan dia ni je banyak sebab dia kenal Yunnade. 
Dapatlah harga best! hehehe.. Dia pandai cakap Melayu. Lembut je suara dia. 

Shopping kat CM ni kitorang berdua habis dalam 135$ (RM 499.50). Beli tshirt untuk gift, beli handbag, beli fitflop, beli ole-ole untuk ibu ayah.. Haa.. nampak sangat dah malas nak list down satu-satu. hikhikhikk.. Memang berbaloi sangat shopping kat Cambodia ni sebab harga murah dari kat Malaysia. Contoh fitflop ori kat sini RM199. kat sana RM 55.50 je. heheheh..

Balik dari CM kitorang pergi makan kat Halal Restaurant. Masa ni aku tak ingat bil nye berapa. Nak bagi korang dapat anggaran lunch kat sini. Sebabnya masa nak bayar tu aku ngan hencik lebah pergi jalan-jalan kat kedai sebelah. Hehehe.. Tapi yang confirm, makanannya sedap!

Memandangkan makan pun dah lewat, dah jam 4.35pm macam tu baru kitorang sampai kat Royal Palace. Dalam ni boleh masuk tuk-tuk driver ni cakap tapi ada time dia. Tak silap if pagi 7.30am - 11am. Petang 2pm - 5pm. Entrace fee dia 3$ and kena tambah lagi 2$ untuk ambil gambar. Kitorang takde niat pun nak masuk sebab dah penat berjalan. Just nak main-main dengan burung merpati je kat depan Royal Palace ni. Barulah feeling oversea. Hahahaha...

Beli makanan dia. 6000 riyel (RM5.55) dapat 3 paket. Bagi makan, burung dah kumpul banyak kita kejar diaaaa.. hehehe..



Eh yang belah kiri tu Raja Burung ke? macam sama je. hehe..

Kita umpan dia dulu.... hikhikhikkk

Jom serangggggg...

Sakit hati dengan anjing ni tau. Entah dari mana datang, habis dia kejar burung kitorang semua terbang. lepas tu dia lari balik pergi naik motor tuan dia tunggu kat tepi jalan tu, Arhhh... apesal comel sangat perangai ko.


Susah betul nak selfie dengan burung ni. Dapat sekoq pun jadi laaa...


Dah penat kejar burung, kitorang balik hotel packing barang nak balik esoknya. Malam kitorang jalan pergi Phnom Penh Night Market kat depan Riverside. Saja tengok-tengok. Takde apa yang best pun. Masa ni tengok dorang bentang tikar kat depan gerai makanan, Manalah kitorang tahu setiap tikar tu ada tuan nya. Ingat free sitting. Sekali kena halau dengan tuan gerai tu. Rude gila. Sakit pulak hati kite.


Jalan sekejap je kat night market ni sebab barang semua mahal. Kalau kat CM dapat fridge magnet 2 = 1$, kat sini 1 fridge magnet = 1$. Mahal oi. Ingat kata-kata aku ni. Jimatlah setiap dolar anda diluar negara. Hehehe.. Macam aku kena time tukar duit RM1 = 3.705$. Haaa.. jenuhlaaa..

Last night kat sini kitorang makan KFC je sebab Yunnade cakap KFC dia halal so on jela. Malas nak carik restoran dah. Total bill kitorang berempat 11$ + 4300riyel. Sini memang campur2 duit dia. Pening sikit. Oh, kalau nak free WIFI dia, korang kena beli dulu KFC, kat resit dia baru ada password WIFI. hehehe.. tak beli, tak dapat la ye.


Itu ajelah untuk Day 3 ni. Esoknya 15hb kitorang balik KL dah.. Harap few tips kat sini membantu korang kalau nak ke sana ye. Saja letak harga sekali supaya korang dapat bajet berapa nak spent kat sana. Jangan ingat aku nak membongak membongkak pulak. Aku luku kepala sorang-sorang kang!

Sekian. Tataaaaa..



4 comments:

monalea said...

sedap betul nampak air tebu tu

Zie Madini said...

bestnyaaaaa. jeles..hehe.

Myra Anne said...

MONA: memang sedap. kitorang asal jumpa air tebu mesti beli.hahaha

Myra Anne said...

ZIE : hahaha..jeles nape lak..

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE