Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, June 1, 2015

Ke Taiping la kita..

Assalamualaikum.

Jumaat lepas aku, hencik lebah and kawan2 dia gerak ke Taiping untuk majlis nikah and sanding bff dorang si Aliep. Jam 10pm aku and hencik lebah gerak dari rumah. Plannya nak gather kat R&R Rawang baru konvoi sama-sama.

Sekali laa.. before sampai exit Guthrie tu kitorang macam terlanggar something kot. Sebab bunyi kat tayar bahagian aku. Hencik lebah cakap takde pape. Elok je takde bunyi tiba-tiba ada bunyi pelik lagi. Masa ni kereta dah memberat ke kiri. So terpaksa la berhenti..


Hamek ko. Pancit pulak. Masa ni tak tahu aku punya nervous macam mana sebab tak pernah berhenti tepi jalan macam ni kan. Risau walaupun kita dah letak tanda warning takut orang tak nampak kita pulak kan. Alhamdulillah hencik lebah buat kerja cepat-cepat tukar tayar ganti and kitorang gerak slow-slow ke Rawang.

Memang agak bosan jugak sepanjang perjalanan sebab kena bawak slow je kan. Heheheh. 2 kereta escort kitorang. Lagi satu kereta dah terpisah masa jalan jammed. Hampir jam 2am baru kitorang sampai. Terus check in homestay yang Aliep dah booked untuk kitorang. Lepas check in, kitorang pergi cari makan. Dekat 4.30am baru balik tidur.. Memang tak jadi apa dah. Kepala ingat bantal je. Hehehe..

Jam 10am kitorang dah gerak ke masjid untuk majlis nikah Aliep and pasangannya Nisa. Alhamdulillah sekali lafaz je dah selamat. Disebabkan perut dah berkeriuk kitorang terus gerak ke taxi terminal kat pekan tu. Pic dengan pengantin semua kat henpon hencik lebah. Terok betul aku kalau dah lapar. Semua tak hingat dah. Hahahah.

Cari Famous Omar Popiah tau kalau datang sini. Recommended!

Sedap!!! Rasanya 4-5 pinggan kot kitorang order. 
Tahu-tahu jela Hencik Aju gila popia. Hehehe..

Rojak Singapore.
Biasa-biasa je...

Pasemboq.
Pon biasa-biasa je.

Dah balik makan kitorang pergi ambil kereta kat kedai tayar and gerak ke kenduri bersanding pulak. Tahap kepanasan matahari memang terik masa ni. Berpeluh tiak baq ang. Hehehe.. Plannya lepas selesai kenduri si Aliep ni kitorang nak balik kampung ibu kat Kuala Kangsar. Sekali ada godaan lain pulak. Hehehee..

Sambung next entry k?
Till then.

Babaiiii...


1 comment:

Nik said...

terliur dgn makanan.sedapnya :)

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE