Tuesday, June 2, 2015

Unplanned JJCM trip to Penang

Assalamualaikum.

Ok sambung cerita semalam. Hehee.. Sepatutnya lepas kenduri kitorang nak balik Kuala Kangsar tapi atas godaan Si Aju, Ina, Kimie and Faina yang memang nak ke sana untuk jalan-jalan cari makan.. aku and hencik lebah pon terjebak sama.

Takut-takut message ibu cakap kitorang tak jadi balik kampung. Hehe.. Nasib ibu ok je.. Hotel pon tak sempat cari betul2. Cari mana murah je sebab nak check in hotel yang best-best rasa macam tak berbaloi. Sebab 1 malam je. Check in pon dah lewat petang..

Yang tak best nya sebab kitorang 3 couples tapi stay kat 3 hotel berbeza. Paham-paham jela cuti sekolah. Hehehe. Tak dapat nak stay sama hotel. Kitorang stay kat Hotel Waterfall Penang je. Lepas Maghrib Aju fetch kitorang kat hotel untuk pergi makan. Kitorang tak bawak kereta masa ke Penang sebab kawan hencik lebah dah bawak kereta kitorang balik KL.

Kitorang pilih Restoran Tajuddin Hussain untuk dinner. Perut memang tahap dewa punya lapaq. Lauk pulak terbaik sedap! Lupa diri masing-masing makan.

Tengok husband masing-masing makan. =D

Bini-bini cool je control ayu. Kehkehkehhh..

Memang terbaik laaa!
Nasi briyani dah habis. Nasi putih pon jadi laaa.. 
Ayam masak ros ni memang ohsem.
Kuah sedap sampai melekat bau kat tangan!
Ayam lembut gilaaa.. Rasa dia memang meresap sampai ke ayam.


Lepas dinner ingatnya nak jalan-jalan kat Batu Feringgi tapi jalan jammed teruk. Half way je kitorang patah balik. Singgah Coffee Bean kat area Tanjung Bungah minum-minum.

Esok paginya kitorang check out awal sebab nak sambung jalan-jalan cari makan.

Ok, drebar dah sampai. Moh la kita..

First destination : Roti Canai Transfer Road.

Tu diaaa.. ramai baq ang. Kena tunggu kejap untuk dapat meja.

Sementara tunggu roti canai kitorang order Roti Bakar Telur Goyang ni dulu,
Simple and sedap!

Tabur pepper and kicap sikit.
Jangan terlebih kicap. Serius masin! hehehe.

Ni la dia Roti Canai Ayam femes tu.
Roti lembut.
Ayam lembut.
Kuah sedap.
Siap mintak tambah roti lagi. hehee..

We should do this again, dear friends!

Kalau pergi area Jalan Chowrasta, Penang ni kitorang memang suka beli jeruk kat kedai ni.
Tak pernah pulak aku beli Jeruk Madu Pak Ali tu.
Sebab tak berapa serasi dengan aku. Makan je mesti batuk-batuk.
Makan jeruk kat D'Jeruk Kita ni ok pulak.

Then macam biasa laa.. haruslah pekena cendol femes ni. Hehehe.
Ampun muka pucat sangat time ni. T_T


Boleh pulak hujan selebat-lebatnya time ni. 

Before balik KL, kitorang lunch dulu kat Restoran Kapitan. Disebabkan aku memang selalu percaya dengan selera Hencik Aju, so aku pon order la ayam milani kat sini. Tapi ada kejadian yang tak boleh terima kat sini. Kitorang duduk dalam 15 minit tapi still takde orang ambil order. Hencik Aju siap tulis order kitorang kat kertas sendiri kot.. terus pergi kat kaunter suruh dia key in order. Dah order, punya la lama nak sampai makanan. Aku ingat dalam 40minit kot.. Gila betul. Ada orang siap dah mengamuk dah. Aku risau jugak Hencik Aju kat sebelah mengamuk terbalik meja. Nasib dia boleh control lagi. Hehehe..

Ni menu Hencik Aju,
Roti naan + ayam milani
Ni menu aku.
Nasi briyani + Ayam milani.

Sedap memang sedap. Sampai dalam kereta nak balik KL aku dok teringat-ingat rasa dia. Tapi memandangkan dah ada bad impression kat kedai ni, lain kali aku kena pikir dulu nak masuk lagi ke tak. Yang hencik lebah punya nasi briyani daging pon aku tak kose nak snap pic sebab kureng sedap. Daging pon liat tahap boleh tercabut gigi. hahah.. Sempat rasa ayam tandoori Kimie punya. Ok, sedap. Cukup rasa. =D

Tu jela yang sempat kitorang jalan-jalan cari makan kat Penang. Banyak lagi tempat kitorang tak sempat pergi. Tapi takpe... next time pon boleh. Sebab pergi Penang ni dah jadi macam yearly event pulak. hahaha.. Pergi pon semata nak makan je. Syiokkk!!!

Ok geng bff hencik lebah semua dah kawen. Dengar-dengar hujung tahun ni nak group holiday eh saiyangg? Ce kabo nak pergi mana. teman nak menyimpan sikit.. hehehe..

Till then.
Babaiiii...







2 comments:

chedacheyu said...

Roti canai transfer road ni mmg meletop!! Sedap!! Penang makan best..

nik ros said...

seronoknya jln2 kat penang. last pegi dgn kawan2 hubby :)

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE