Thursday, September 3, 2015

Definisi gembira.

"Definisi gembira setiap dari kita ni lain-lain. Takkan pernah sama."

Pernah dengar orang cakap macam tu? Hari ni, hati aku ada sikit resah. Tak tahu la kenapa. Petanda mood bakal swing kot. Biasa la perempuan sebulan sekali. Petanda kurang amalan rohani pon iye jugak.

Hari ini...

Ada orang seronok dapat beli barang dia suka
Ada orang seronok baru dapat baby
Ada orang seronok dapat pergi bercuti
Ada orang seronok dapat makan makanan favourite dia
Ada orang seronok buat apa dia suka.

Hari ni...

Dalam resah-resah hati tengah drive, kepala dok ligat berfikir apa next move, apa rangka hidup.. Tiba-tiba ternampak seekor anjing ni. Kemain seronok dia julur kepala kat tingkap kereta. Tengok kiri kanan sambil angin tiup-tiup bulu dia. Siap hulur tangan keluar lagi.

anjing macam ni la tadi.
pic sumber Google

Ok, fine. Terima kasih, anjing! Sebab terus buat aku gelak tengok keseronokkan ko. Hahahaha. Serius comel!

Betullah. Definisi gembira tiap orang lain-lain. Harini ketawa aku datang dari seekor anjing. Tetap jugak aku bersyukur. Dalam susah hati, Tuhan hantar anjing ni bagi aku tergelak. Alhamdulillah.

#SuperWifeStory
#tokeikedai

No comments:

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE