Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, September 13, 2015

WAHW needs SOHO?

Assalamualaikum.

Phewww.. Rasa macam whole week ni busy habis! Minggu ni takde off day untuk diri sendiri walaupun i am only working at home wife (WAHW) tapi setiap hari ada je aktiviti yang memerlukan aku keluar rumah. Heheheh.. Sampai lah ke Ahad ni masih ada kerja yang menunggu.

Semalam dan hari ni aku dah start mengemas bilik kecik kat rumah MIL aku tu sebab aku nak tolak rak-rak dalam bilik aku ni ke bilik kecik tu untuk lebih ruang dalam bilik aku ni. Plannya nak set up small office kat dalam bilik.



Yang ni paling simple and aku suka sebab dinding bilik aku pon memang kaler biru. Ehehehe..

Ini pon praktikal jugak sebab ruang dalam bilik aku tu kecik je.. 


Semua pic sumber Google

Harap-harap la menjadi plan aku ni. Kena tengok bajet jugak ni. Mula-mula nak beli rak sebab drawer 5-tier yang beli kat Econsave masa zaman bujang dulu dah hampir nak roboh. Hehehee.. so meja dalam next-to-buy list. 

Kejung kaki kadang tu bila buat segala kerja aku atas katil sebab lama sangat bersila. Almaklumlah sebab aku kan buat tempahan guest book apa semua. Kalau buat kerja-kerja online ni tahan lagi. Agak penat duduk boleh meniarap ke, baring ke.. Kalau buat kerja-kerja handmade nak buat aksi superman apa nye dah atas katil bersepah dengan craft paper. =P

Hencik lebah cuba nak merealisasikan impian aku ni dengan nak sponsor duit tapi aku rasa macam tak best pulak sebab aku yang teringin itu ini so nak usaha sendiri la. Tapi maybe sikit-sikit tak cukup duit tu boleh mintak dia topup. Kikikiii.. =)

Till then.

#SuperWifeStory
#tokeikedai

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee atau The Cookies Kingdom ;

Instagram : The Cookies Kingdom
Whatsapp : +6019 6035169





2 comments:

Han Hanni said...

wajib ada..
senang dan selesa nak buat kerja

Myra Anne said...

kann cik hani.. dah ade working area baru la selesa.. =)

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE