After few month. Phewwww! Setiap kali niat tak nak abaikan blog ni mesti lepas tu ada je halangan. Heheee.. Halangan paling besar ialah laptop hilang. T_T
Masa 20 August 2016 lepas, sempena couple anniversary kite and hencik lebah, kitorang pon decide pergi bercuti kat Langkawi. Dah berapa tahun tertunda nak ke sana sejak kahwin. So kali ni cakap, mesti kena pergi. Seminggu before pergi tu, memang kite busy tak hengat. Paham-paham jela kalau nak bercuti ni, semua kena siapkan.
COD Wondercheese kat agent, siapkan order Cocoa Cookies, COD segala macam barang jualan kite..(Alhamdulillah rezeki Allah bagi) =)
Second day kat sana, which is on the 20th, lepas je balik dari Mangrove Tour kite dapat call dari father in law mengatakan rumah kena pecah masuk. Allah.. goyang lutut rasa. Semua hilang! Laptop, duit hasil jualan yang tak sempat bank in, barang kemas... T_T
Luluh sangat hati rasa, tak seronok dah rasa nak berjalan. Takde mood sangat-sangat. Tapi memandangkan esoknya tu pon kitorang dah nak balik, so teruskan jela holiday ni. Sesungguhnya dugaan ni paling besar rasanya untuk kitorang berdua (selain takde anak lagi of course.) Sakitnya rasa lepas jatuh tu kan? Ambil masa jugak untuk kitorang cover lost tu. Terpaksa puasa shopping. Kihkihkihhh.
Tapi kite tahu Allah mesti dah rancang yang terbaik untuk hambaNya kan? So, kitorang just redha jela. =)
In shaa Allah ada yang terbaik menanti. Betul tak?
Ok, sampai sini dulu. Baaaaaanyak sebenarnya nak share. Tapi tunggu ye. Kena cerita satu-satu.
Till then.
Good night!
No comments:
Post a Comment