Awal Februari haritu was a bit tough for us. Bermula dengan 31 January 2019, Durrah Hanna start vomiting around 3.30am sampai pukul 7am. Dia of course la dah lembik gitu kan. Sebab dah muntah sampai tak keluar pape.
Ibu and baba pon sampai macam blank kepala otak sebab tak tidur whole night. While ibu bersihkan dia, baba bersihkan katil and kain kotor yang terkena muntah dia. Bayangkan sepanjang malam macam tu. LAst sekali pukul 7am tu ibu cakap dengan baba,
"Jom la pergi hospital. Kesian anak. Ayang pon dah penat."
Baba memang tahu kalau ibu ajak je pergi hospital maksudnya ibu dah tak boleh manage la tu. Sebab as an ex-staff nurse kat Peads ward, biasanya masalah simple Durrah Hanna macam batuk or demam selagi ibu boleh manage sendiri biasanya ibu akan cakap kat baba tak payah ke klinik dulu.
Lagipon ibu takde ubat tahan muntah kat rumah. So terpaksa jugak la bawak dia ke hospital.
Masa kat emergency department and klinik pakar dia muntah lagi dua kali, so total dah 12 kali. And masa kat emergency tu dia pass motion bau dia perghhhhh! Menusuk kalbu! So ibu pon cakap kat baba suruh mintak kat nurse speciment bottle umtuk collect stool dia seba ibu dah dapat rasa Durrah Hanna ni kena Rotavirus. T_T
Ni masa kat Emergency Department while waiting for room.
And YES dia terkena Rotavirus. Allahu..kesian anak ibu.
Tak tahu mana dia dapat virus ni. Mungkin masa keluar makan malam before tu.
Ni masa dah sihat sikit. Dah ada mood untuk buat "peace"
Tapi gaya macam "Salam 1 Malaysia" je dikkk =P
Before discharge Dr.Ling buatkan balloon ni bagi kat Durrah Hanna.
Siap snapkan pic guna polaroid bagi pic kat ibu.
Thank you, Dr.Ling from Thomson Hospital!
Durrah Hanna admit dari hari Khamis and discharge on Sunday. Tapi cerita ni tak stop kat situ. Malam lepas Durrah Hanna discharge, baba dia pulak start muntah-muntah sampai ke pagi. Pagi tu baba pon dah tak larat sangat, terus ajak pergi hospital jugak.
Lepas check itu ini kat ED, doctor cakap darah baba tinggi asid akibat dari infection tu. So doctor nak tahan kat special unit dulu before transfer kat wad biasa.
Masa ni ibu tak kuat dah. Menangis-nangis ibu dok berwhatsapp dengan kawan baik ibu, Mimi. Masa anak admit takde pulak ibu rasa down sangat maybe sebab ibu dah biasa handle peads patient. Tapi bila baba yang sakit. Allah... tak kuat rasa tengok baba lembik macam tu sebab baba jarang sangat sakit sebenarnya.
Admit la baba dari Isnin-Khamis. Ibu pon berulang alik la tengok baba sebab tak boleh tunggu baba. Lagipon Durrah Hanna tak boleh masuk melawat baba dia. Kesian jugak tengok dia empat hari tak jumpa baba. Wuwuuuu..
Alhamdulillah on 7 Feb baba boleh balik and ibu terus packing luggage sebab esoknya nak ke Kedah adik lelaki ibu nak bertunang. =)
Masa diduga dengan Durrah Hanna and baba sakit ibu banyak berdoa supaya Allah kuatkan semangat ibu, supaya ibu pon tak jatuh sakit jugak. Kalau ibu pon tumbang, siapa la nak jaga dua ketui kesayangan ibu tu.
Alhamdulillah ibu masih sihat sampai ke hari ni tak terjangkit dengan Rotavirus. =D
Februari ibu bermula lambat sikit. Lepas settle urusan keluarga baru la ibu start enjin bisnes. Baru sempat jenguk anak-anak bisnes. And ibu ada create satu group Projek RM350 untuk sesiapa yang berminat untuk Loyalty Programme Puer's Kidsdom.
Ok lah, ibu nak ke HQ kejap. Ibu ada berhutang satu post pasal HFMD kan?
Nanti ibu sambung okeyyy..
Till then!
No comments:
Post a Comment