Monday, November 15, 2010

Cerita Tunang dan Kahwin saya.

Percaya atau x, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:

Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.

Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:


"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"

"Kahwinlah dengan kita bila2"

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

Contoh:
"lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"
Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.

Kita orang melayu time nak tunang duk bawang rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila Ibu bapa xde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.

Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti x baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.

Haaa, adakah anda ternganga bila tiba2 tau anda sudah menjadi tunangan orang tanpa sedar?? Haaa, ayokkk, x tau. Hehehe.

*sumber dari Bloomberg. tetiba dari Bloomberg kan..dari SINIla..ahahah...

pastu kan laju2 aku message hencik kesayangan cite pasal artikel ni. terus dia cakap kat aku jangan pikir banyak sangat. huh,aku bukan apa.. aku ni kan la memang fobia bab2 tunang ni. nape entah. kalo boleh memang aku takmo tunang2 ni. tapi aku cakap kat dia kalo nak tunang gak tak payah la nak bagi aku hantaran ke hape yaa.. simple2 sudah. sarung cincin je. *aku memang suka cincin* hehehe...

pastu kan ade skali tu borak ngan hencik Aju, kawan si hencik lebah ni pasal kos kawen.. aku pon cakap ar ngan dia aku suka simple2. dia boleh tak caya pulak cakap aku. betol la!!! aku tak tipu naa..aku memang suka yang simple.asal kawen sudah..

aku memang impikan majlis kawen yang simple tapi penuh ngan orang2 yang aku sayang. paling penting mesti kena ada ibu,ayah and atok ya? kalo takde, mau meraung kot aku time kawen tu.heheh.. meh cek list kawen aku yang entah bila akan langsung ni. hahaha...

1) kenduri mesti mau simple. tak payah la grand2 nak buat kat hotel bagai.buat kat padang depan umah atok je..^_^ err..tema maroon,hitam n gold cam smart kan?

2) walaupon simple, tapi aku nak pakai baju yang super duper gojes. supaya laki aku tak pandang lain dah time bersanding tu. hahahaha...nak tempah baju kalo boleh. ikot cita rasa sendiri..
*ekceli takot kalo sewa baju, takde size pulak. buat malu je.hehe..

3) pelamin mesti mau ada bunga2 segar. sweet oh!!!

4) nak pegang bunga lily yg sangat santek tu.

5) nak bagi door-gift labu sayong yang cumel2 bagi melambangkan ibu aku orang Kuala Kangsar. huhu.. bangga sikit!

6) nak masakan ala kampung. bosan ah makan rendang daging,ayam masak merah and air sirap time kenduri. huhu.. kalo boleh, biar ada fevret lauk aku. sambal tempe ikan bilis. huahuahua... simple kan?

7) duit hantaran tak payah la mahal2. ikot yang awak mampu. ehem2..hehehe...

8) nak design kad kawen cantek2 tapi murah punya. aku memang suka barang murah yang nampak mahal. tak payah nak belanja lebih. huhu..

9) photoshoot! mesti mau tangkap pic menarik tertarik ko memang bombastik! sebab nanti boleh tunjuk and berlagak kat anak cucu cicit cocot yang nenda dorang ni time muda bukan maen howt + photogedik photogenik depan camera.nanti boleh dorang selit pic nenda dorang ni kat blog dorang pulak. ngeee~

10) VVIP - ibu,ayah,along,eby,adek,azim,atok,opah,makcik pakcik sekalian,sepupu sepapat,nenek2 sedara kat kampung tu ha..mak,babah,along,angah,ateh,acik..<--keluarga mertua. ecececehhh...haha.. ima,nana,amal,yaya,famy,kak ruby,kak azriena..isk! banyak la pulak. tapi takpe. cukop nye bajet tu. hehe.. rakan2 blogger, boleh jugak datang. tapi saya pon tak tahu bila saya kawen. hehehehe...

ok,sudah2. takmo cite pasal kawen lagi. takde orang masuk minang pon. sedih =_=' adakah saya tak laku sebab ada parut appendicectomy di right illiac fossa?? hikhikhik..nanti saya pakai Bio-Oil la kasik hilang itu parut ya?? ngeee~ pastu duit hantaran kasik lambung sikit sampai belas2 riban ek. wakakakakaaa~ <--baru tadi cakap ikot kemampuan =_=

ok..mengantuk dah. babai~

2 comments:

nuraitul said...

myra anne..thnx for the info..huhuhu..btul ek bnda cmtue..mksudnye scara xsdar mostly of us da bertunang da pun kan..
siap da prepare list of what-to-have in wedding ek..bagus2.. :)

myra anne said...

hehe..nuraitul pn br tau ek. kte pon.ade lak kawan kat FB tnya. baru tau ke.. ketinggalan tol kte.hikhikhik..

*hye tunang org! ehem2..hehe

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE