Salam morning! hey,skang dah jam 4.17am tau! gigih bangun semata2 nak upload pic dengan lancarnya untuk korang2 sume. sila bangga! huhu.. seperti yang kome tahu pada 3-6Dec lalu aku pegi ikot rombongan ayah aku bawak budak2 sekolah UPSR yang dapat 5A tu pegi Langkawi. mewah tol dorang kan? 5A je terus dapat free vacation. haish! YB tempat aku yang sponsor dorang. tak2! ayah aku bukan YB. bukan jugak cikgu. tapi cuma PA YB tu. tu la ayah aku ikot pegi rombongan ni untuk uruskan hal2 mereka nih. aku pon tumpang sekaki. heee~
So kitorang gerak malam Khamis tu pada jam 11malam naek bus. sampai Kuala Perlis dah dekat2 jam 6pagi.
sejuk gila siot!! badan aku menggigil tak ingat dunia. nak je aku bungkus dalam Toto. pueh ati aku. huhu..
ha..ni aku yang sejuk. dalam ferry pon sejuk gila.
aku pelik mana pegi sume lemak2 aku time nih!
tolong la panaskan aku ya??
ni dah sampai Jeti Kuah. eh?? Yaya pon ade?? huhu..
sebab mak dia Guru Besar skolah ni.
tula dia pon berpeluang ikot.
hee~ tapi kitorang anggap ni holiday kitorang berdua je.
jadi kitorang snap pic berdua banyak2.
bole gitu?? hehe..
ni ayah tengah uruskan pasal bilik. kat Nadias Inn Resort. ehem2!
nama Nadia tu cam bese dengar.
time ni dah around 10am camtu. tunggu nak check in.
masuk je bilik aku terus tido berkeroh2.
bangun tengahari terus pegi makan
pastu cuci mata pegi pantai depan hotel nih.
masa kat sini kalo nak jalan sendiri2 ayah dapat pinjam van ni. walaupon van ni burok tapi dapat free ok la tu kan??
kalo sewa kete dah kene bayar rm90-rm120. kan2??
nape dapat free?? sebab ayah aku banyak bagi keuntungan kat hotel ni. huahuahua...
singgah makan laksa kat Pekan Kuah.
sian aku!
aku dah la tak makan laksa. so aku minum je.
berjaya rembat backpack murah and smat!
rm80 je.. hehehe...
tahun depan leh la backpack gi Bandung. ngeee~
yeah, saya bangga saya Sony user. Sony ni friendly user tau!
sesuai untuk beginner2 macam aku. =)
heart for you!
beli ni untuk cayang dengan niat nak bagi dia tambah gemok.
gila jahat niat aku kan??
ni aktiviti malam kami. shopping!!!!
huhu..kat area Pantai Cenang ni memang bes kalo malam2.
dari hotel aku just jalan kaki je.
Artisan Pizza!
sesuatu yang wajib korang cuba kalo pegi Langkawi.
sedap oh!!!
dia nye roti pizza ni nipis je..
tapi topping atas dia..
maveles!!!
aku gigit isi2 ayam tu kalo ayam dia bergolek jatuh..
isi dia besar ko tau tak???
bukan halus2 cam pizza kte bese makan tu.
pastu cheese dia sumpah banyak gile.
nyum2!!!! oh, sedap nya!
nape aku tak jumpa Artisan Pizza ni kat KL ye??
*tetiba caption pasal makan panjang gila.
ok,sudah! habes dah cite hari pertama kat sana. bersambung dalam next series. tadaa~ eh silap! tataa~
1 comment:
wow bestnye bdk UPSR dpt g langkawi jnji cemerlang..
Post a Comment