Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, December 16, 2010

Langkawi Part 2 (1)

Salam pagi sume...
sory la.lambat pulak aku sambung Part 2 kan?
huhu..bukan sengaja.
ko pegi marah bodben aku yang mongok lembap cam siput nih.
dah ar banyak gila pic aku nak share on 2nd day aku kat sini.
dia buat hal pulak.
sudahnya aku buat keputusan nak stop takat ni je.
nanti aku sambung episod dua untuk tajuk Langkawi Part 2.
okeh??

ni dalam bus.on the way nak pegi Cable Car Gunung Mat Cincang tu.

oh, ibu..kau di siram bayu pagi..
ok.tetibe dah mendung kat luar.sangat ajaib bukan?heee..

aku and Yaya. ekceli kitorang tak dapat naek pon Cable Car ni sebab keadaan cuaca yang tak bes.
mau goyang kot gondola tu silap2 tercabut.eee...seram!!!
time ni angin kuat. so dia tak beroperasi.
singgah pulak..err..pe nama tempat ni?? aku lupa oh!
ko tau bot2 ni nak parking kat sini atleast sewa parking lot dalam 1K sebulan tau.
gila mak datok dia kaya! 

ni lak lunch kitorang.aku suka gila kedai ni. lauk dia berderet. banyak siot!
ulam2 pon banyak. Fevret!
ayam je bape jenis masakan. belum lain2 lagi.
ikan bakar dia memang sedap!
dah dua kali aku makan kat kedai ni.
mana boleh banyak2 kali.
Langkawi tu jauh.
ni la nama kedai tu. kedai ni kat area Tugu Keris tempat Mahsuri kena tikam tu.
lepas makan kitorang pegi Sungai Kilim. jangan tanya tempat ni celah mana.
aku memang tak tahu sebab on the way pegi tempat ni aku tido.
maklumlah lepas lunch.mata aku ni macam ada monyet bergayut je.
jeng3! nak naek bot! yeay!
ni harga pakej untuk tour ni.
saat ni aku rasa beruntung pegi ngan rombongan budak2 ni.
ko tengok la,paling murah satu bot rm200.
atleast kitorang naek satu bot 10orang baru kena bayar rm20 sorang.
kalo pegi setakat 2-3orang memang alamat tak shopping la kome pegi sana.
hohohohooo...

out first stop.
ni tempat ternak ikan. macam2 ikan ada. tapi yang aku ingat ikan pari and ikan sumpit je.
nape nama dia ikan sumpit??
sebab kalo korang kepal2 roti kat ujong jari pastu hala kat kolam ikan tu,
ikan ni akan lompat and amek makanan kat jari ko tu.
ala2 cam sumpit la. sebab tu dapat nama tu.
nice gila view dia kan?
tapi time ni sumpah panas gila!

ikan pari ni manja gila.korang boleh suap dia makan.
siap ade bunyi dia sedut2 lagi tangan korang menandakan nikmatnya dia makan.
pastu bila tuan dia usap2 boleh lak dia pusing2kan badan dia cam kucen kan.
aku tak pegang. geli!
ko jangan pegang ekor keli ni tau!!
nanti kena sengat. tu je petua nya.


2nd stop.
tak silap aku nama tempat ni Singa Besar la.
tempat bagi burung helang makan.
orang selalu bagi lemak ayam.
tapi tourist guide aku cakap ekceli lemak ayam tak bagus untuk helang.
sebab membantu kepupusan dia.
lemak ayam kan tak sihat.
yeay! bukti dah pegi Kilim Geoforest Park.
huhu...
3rd stop.
ni Gua Kelawar.memang banyak gila kelawar dalam ni.
geli aku tengok time orang suluh lampu kat atas2 batu tu.
ngeri aku bayang kan kalo tetiba dia jatuh atas kepala.hee~ geli2!!!!

oh,kalo korang nak tahu kelawar ni sifat dia kelakar sikit. kalo yang jantan tu,kecik2 lagi dah takmo dok ngan mak.sebok nak lepak ngan member2.balik kat mak bila nak susu je.kalo dia dapat survive, ok la. kalo nasib malang alamatnya jatuh mati la dia terhempas ke bawah.. ha,tula. sombong lagi ngan mak ko! kalo betina pulak asek kepit ngan mak sampai la dia boleh idup sendiri..

lepas abes tour kat Kilim ni kitorang gerak pegi Galeri Perdana. tempat Tun Dr.Mahathir Mohamad simpan hadiah2 yang dia dapat dari pembesar2 negara seluruh dunia. tapi time ni aku tak masuk.aku jumpa something interesting kat luar bangunan ni ngan Yaya and adek aku. nak tahu pe dia??
tunggu next entry k?? hahahaha....

2 comments:

Zura Tahir said...

rugi myra xdpt naik cable car...

Myra Anne said...

haha..tula psl.tp xpela sbb dua tahun lepas dah penah naek..

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE