Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, January 2, 2011

Cerita pasal Hati saya

malam ni mode nak on yang jiwang2 je. nak cerita pasal hati saya.sebab nya tengah rindu ngan hencik lebah yang pegi bejalan2 meninggalkan madunya bersama Pooh di sini. *ok mengarut!* hencik lebah aku pegi Melaka. pegi kenduri kawen kawan dia kononnye. meh nak cek sikit ade bawak baju melayu tak kot2 lu yang nak kawen der.. hee~ ok apa aku ngarut malam2 nih! dah la rindu meroyan kat dia. dia nak tido sana pulak. mesti korang nyampah kan dengar. eh sukahati aku la! dia hencik lebah aku kot?? ngengg!!!
ini hencik lebah or Apek kechentaan saya. heee~

minggu ni kan aku asek nak hangin je ha ngan dia. bese ah sebulan sekali bestie pompuan datang jenguk. kalo aku tak hangin ngan dia, dia pulak yang asek hot je ngan aku. member ramai cakap mesti aku kawen nanti kalo pregnant dia yang mabuk. haish! ada pulak camtu. macam mana dia nak keje kalo dia yang kene morning sickness. kalo aku takpe la... dah tentu2 aku yang pregnant. heee~
di tahun2 baru ni teringat pulak zaman aku baru2 kenal dengan mamat ni. kelakar dowh! boleh pulak aku yang pegi usha2 dia. pastu comel je rasa bila duduk kat mcD meja depan2 pon boleh text SMS lagi. malu nak borak depan2. pastu konon2 nak rahsia2 dari kawan memasing. takmo orang tahu. bajet kalo orang tanya aku nak jawab macam artis la "No komen! No komen!" banyak la cantek muka ko! hahaha...then banyak halangan pulak tu sepanjang kitorang berahsia tu. boleh lak sorang mamat yang jugak member aku nih mengorat aku terang2 depan hencik lebah kan. mahu nye dia tak jeles?? last2 kitorang expose jela hubungan kitorang ni. risau gak lepas tuh ada paparazzi and wartawan2 datang nak korek cerita. <--korang rasa nak bagi penampar tak? hahahah...
dulu kan,konon2 nye aku nak snap pic banyak2 pic kitorang nak buat satu album..err..dua. eh! tiga album pon boleh. lebih lagi bagus.huhu..angan2 mat jenin nak tayang kat anak cucu cicit nanti.tapi dah kitorang keluar berdua susah la pulak nak snap pic sendiri kan?? asek snap pic takat leher je. tak bes ah! nak posing2 bagai.. takpe2. ada member aku buat promosi untuk outdoor photoshoot yang murah. tengah pujuk hencik lebah la ni! harap2 dia nak. sebab dia ni pemalu sikit kalau nak snap pic depan orang. tak macam madu dia ni ha. pantang nampak camera. tengah monyok pon sempat senyum. haha..
kitorang kuat makan. dulu before couple ngan dia berat aku 55kg je. lepas setahun couple berat naek 10kg. cuba la ko bayangkan. haish! seksa gila pulak tu nak kurus balik. hencik lebah pulak takpela. dulu time dia kurus kering memang huduh gile. aku rase macam pegang tulang je kalo pegang tangan dia. kihkihkih. jangan bagitau dia aku kutuk dia tau! skang dia dah debab. perut dah betul2 macam lebah. moncet!!! hahaha... 
mamat ni tinggi sangat tau! aku kalo nak belikan dia baju kena la pegi carik patung yang tinggi2 nak ukur baju tu padan tak kat dia. sebab kalo salah beli kang senteng pulak dia pakai. nanti ingat aku bagi baju tak cukup kaen pulak. heee~
tengok2. aku dah la tak reti nak pakai weges or heels ni. pakai setakat pegi kenduri sekali sekala nak bagi berdiri sama tinggi dengan dia. tu dah pakai weges pon masih pendek. selalu dia kutuk aku bantut. ngenggg!!! padahal aku ngan kebanyakan kawan2 aku, aku paling tinggi tau. ok,agak riak di situ. tapi still aku pendek dari dia. tak puas hati betol!!!
ko tengok la dia kalo dia tengah panas. bukan marah kat aku. dia ni ala2 macam putera lilin la. gedik gila. kalo panas je mula la buat muka toya dia. nyampah aku tengok. suro pandang camera pon tak sudi. heee~ nyampah2 pon aku sayang gile kat dia tau! isk! macam mana nak hidop tanpa dia ni?? chhoooyyyy!!!
dia bangga abes cite tengah belajar pakai DSLR nikon ngan Dak Apis member dia. bajet sony aku nih tak power la pastu konon2 tak reti pakai sony. aku cium flying kick kang baru tau!! oh,rindu2!!! aku memang la rasa agak ngada2 nak post cerita pasal dia banyak2 kat sini. tapi aku rindu gile kat dia. pastu mulut asek nak sebut2 nama dia aje. dari aku sebut2 sampai orang bernanah telinga baek aku tulis je kat sini kan. kalo korang tak suka baca, di persilakan nyah dari sini. tapi masalahnye cerita pon dah habes. mekaceh la susah2 korang baca. meh tium sikit. mmmuaaahhh!!!! hahahaa... 

chowww cincau!!



2 comments:

nuraitul said...

sweet gle..korg..cpt2la kawin..xsabo tgk myra ngan encik lebah dia naik pelamin..msti sgt cntik.. :)

Myra Anne said...

hahahah..cpt2la awk doakn kte kawen ujong thn ni.. kte pon x sabar dah ni..haha

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE