Monday, April 18, 2011

Cerita pasal nak naik pelamin lah!

Salam.

Mode: baru bangun tido ni. jangan pelik. aku keje malam okeh. jadi memang siang waktu tido aku. Hari ni nak cerita pasal nak naik pelamin. ehem2! kalo nak tahu, tuan punya belog ni bukan maen takut lagi nak naik pelamin. asal nak pijak pelamin je kaki gigil2 macam hape entah. nak kata gayat, tapi pelamin bukan tinggi mana pon ye tak?? hehehhh. tapi dah takut2 nak pijak pelamin pon, tuan punya belog kemain gatal lagi nak kawen. hahahahhhh

ermm... biasalah bila dah sampai tahap umur macam sekarang ni. tak habis2 kawan2 terdekat habaq mai pasal plan depa nak kawen. nak kawen hujung tahun ni la.. nak tunang tahun depan la.. sudahnye aku jugak yang melopong tinggal sorang nanti takde kawan nak bercanda.

meh nak cerita pasal dorang2 yang nak naek pelamin nih.
pic malas nak edit.

tu kawan aku Azimah Aziz. panggil je Ima. yang laki tu Findi tunang dia. Ima ni room mate aku time kat kolej dulu. best oh room mate ngan dia ni. selalu je aku bangun tido makanan dah terhidang. tinggal nak makan je. hehehehe... kitorang suka minum teh O suam pakai sudu. nikmatnya! dia memang pandai masak. tak macam aku. aku pandai jugak. tapi pemalas yang amat. hehe.. ujong tahun ni dorang plan nak kawen. cepat sikit la weh!!! takmo tunda2 dah.. lambat benar nak tengok korang jadi pengantin.

yang ini pulak Cik Ty. nama betol dia Atiqah. nama glemer time kat kolej Tiqah Bilirubin. tak ingat aku mana datang nama tu. dia pulak panggil aku Mey. hehehe... kisah cinta dia ni tragis sikit. takmo cerita ah. tu bukan hak aku nak heboh2 kat orang. tapi lelaki dalam pic tu nama dia Paan. cinta baru dia. dorang baru je tunang sabtu lepas. nak kawen bulan 7 ni sebab bulan 7 ni adik si Ty ni balik bercuti dari oversea. cepat2 dapat anak ye Ty. mesti anak ko comey cam ko. ehehehe... *sory Ty. curik pic tu dari FB ko. hehehe..

yang pic gedik kat atas ni pulak bestie aku since dari first day aku register kat kolej. nama dia Nana. ala selalu je aku tepek muka dia kat blog aku ni ha... sebok je kan? ahahahhh. mamat tu boypren dia nama Dean. aku ingat lagi masa memula dorang kapel si Nana ni send MMS kat aku pic dorang berdua. terus aku cakap "eh. kenapa muka macam Bront Palarae!" hahaahhhh.. tapi lepas tengok banyak kali takde maknanya sama dengan Bront. cuma dagu je kot sama sikit. hehehe. mereka ni plan nak tunang tahun depan kot. dah siap pegi kursus kawen bagai. jeles aku dol! semoga korang bahagia hingga hujung nyawa~ tapi nanti ada anak jangan letak nama anak Aidan tau. nanti orang kampung dia tuka jadik Aidang pulak. heee...

yang ini nama dia Atikah jugak. tapi aku panggil dia Tikah je. dia orang Raub. mamat baju hijau tu Mirul orang Melaka. dah lama jugak dorang kapel. dari zaman kolej. macam2 masalah jugak dorang dah hadap. biasalah tu kan. sape kapel takde masalah?? meh habaq kat aku. dorang ni senyap2 je.. tiba2 aku tengok banyak pulak status FB si Tikah ni up pasal kawen kan. aku tak puas hati terus pegi tanya kat dia. dia cakap maybe hujung tahun ni time besday dia majlis nak langsung. congrats dear!!! tercapai jugak impian korang ye.
ehem2, pic ni curik kat FB dia tau. hehee

yang ni pulak...ehem2..mereka kapel lama dah. sampai orang cakap kalau kawen dulu, anak sekarang dah masuk tadika laa.. hahaahhh.. gila apa dorang nak kawen time sekolah! yang ini.. tak tahu la tahun bila nak kawennya. lambat lagi ah!! dalam dua-tiga tahun lagi kot. so korang takmo la balik2 tanya bila nak kawen. penat tau tak nak jawab??? tapi doakan ajela untuk kitorang ya?? moga2 impian aku termakbul, korang kawan2 blogger pon boleh merasa nasik minyak aku. nak tak? nak tak?? hehehehe...

Bye!

p/s: nanti aku, Ty, Tikah and Nana boleh balik kampung sama2. sebab Ty and Nana orang Melaka. Tikah pulak kampung bakal laki dia kat Melaka. Si Pemilik Tulang Rusuk aku pon kampung kat Melaka. hihihiii... Ima, kalo ko nak ikot boleh jugak. kita tak kisah... huhu..

5 comments:

Mia Deanna Sali said...

muahahahha~
malu i u citer kesah cinta d cnie..
mekaseh la yer doa la i naek pelamin cpt..
i pon akan doakn u jugak..
okeyh set blh blik kg sesame kn!!!
;D

Myra Anne said...

huhuhu...syg u lebih!!!

Mia Deanna Sali said...

syg kamoo jugak...;)

misz fae said...

wah! doakan utk semua..cepat2 naik pelamin;)

meh singgah blog fae;)

sedeyh sgt2! saya kene intai! jum bace kisah ni..huhu ---> http://fzhjmldn.blogspot.com/2011/04/saya-kena-intai.html

Myra Anne said...

huhu..thanx fae~

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE