Thursday, April 28, 2011

Eh, aku kena buatan orang ke??

Salam.

Sekarang ni rasa nak nanges, nak jerit, nak hape entah lagi aku pon tak tahu. Aku serius tak paham kenapa ada orang yang mendengki kat aku sampai macam ni. Wuaaa~ tak tahan dol!


Aku perasan hal ni masa aku mula2 kerja part time lepas habis SPM kat The Store Sungai Buloh dulu. aku kerja kat butik baju ladies la. masa tu aku kerja dari kol 9.30am - 9.30pm. lama kan?? tula kerja pertama aku. jadi salesgirl. ok, tu bukan pointnya. pointnya sekarang, sejak aku kerja kat situ aku asek menggaru2, pastu naek bengkak2, kulit gatal2.. mula2 aku buat bodoh je. tapi bila keluar je dari tempat keje, gatal2 dah kurang, bengkak terus surut. pelik. aku kena buatan orang yang mendengki kat aku dapat keje kat situ ke???

Haish! Palis2... <--kata orang Sabah kalo nak ngelak sumting. ala macam orang Cina cakap "Choyyy!!!" 

Pastu kejadian paling teruk berlaku masa aku posting kat Hospital Putrajaya department DayCare. time ni setiap hari aku nak masuk shift, mesti aku debar2. takut gila. dah la dalam DayCare tu sumpah sejuk gila ok. aku walaupon banyak lemak nak panaskan di saat2 aku tengah sejuk, tapi wa cakap terus terang ngan lu, wa memang tak tahan sejuk tau!! time aku tengah2 kerja nanti kan, habis jari2 aku naik bengkak, badan naik gatal2, merah2... masa ni memang aku rasa nak nangis! tak tahan kau tahu tak???

Eh?? Siapa yang dengki sangat bila aku kerja dengan penuh berwibawa ni?? Siapa yang berani buat aku camni ni??? T_T


Bila dah dapat kerja sekarang ni..aku kerja macam biasa aje laa.. tapi bila aku start aje kena buat double shift, dah petang2 sikit, dah bulan makin timbul, dah environment makin sejuk, aku start la gatal2 balik. kadang2 malu nak cerita kat orang kenapa aku menggaru sana sini bila orang tanya. selalunya sampai kat rumah la aku menggaru2. sometimes sampai naik bengkak badan sebab gatal sangat. tengok tu, bila aku double shift, nak carik duit lebih sikit mesti ada orang dengki kat aku. bukti ketara sangat dah!!! time aku kerja single shift jarang pulak aku kena macam tu. kecuali la kalo aircond sejuk sangat. baru la aku start balik kena macam aku cerita tadi tu.

Sedih. Siapa la yang sabotaj aku sampai macam ni sekali. ko tahu tak seksa aku nak menggaru satu badan?? ko tahu tak kadang2 aku sampai susah nak bernafas disebabkan semua ni? ko tahu tak aku boleh kena anaphylactic shock??? ko memang nak aku mati ke???

T_T
nanges.










Eeh...kejap2!!! Ooohhh........ baru aku perasan! aku allergic dengan aircond yang centralized dalam bangunan tu rupanya. mana ada siapa2 buat aku lah!!! jangan negative thinking sangat boleh tak korang ni? haishh~

tu ah aku cakap aku malu nak bagi tahu orang bila orang tanya kenapa aku gatal2. sebab bila aku cakap aje mesti orang cakap,

"Eh, ada ke orang allergic dengan aircond dalam bangunan??"

aku jawab la "ada, aku la tu.sebab aku pasang aircond kat bilik aku takde pulak aku naik gatal2, bengkak apa semua kan."

Pelik dengan diri sendiri. Allergic tak tentu hala.

Bye.

5 comments:

Enol said...

econsave allergic x? keh3... XD

Enol said...
This comment has been removed by the author.
wanny said...

terkejut ble mmbaca... :D

Myra Anne said...

enol: mmg jrg g econsave. takut gak kne allergic. ahahaha...

wanny: hahah..

eykin said...

jum join http://tintayu17.blogspot.com/2011/04/contest-untuk-anda-semua-jom-join.html

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE