Tuesday, April 5, 2011

Jangan stress tau! nanti awak botak.

Salam. Awal pagi tadi aku balik Sungai Buloh dari Puchong. baru abes keje malam. before balik sempat singgah pegi beli white coffee kat cafe hospital. buat bekal tahan mengantok dari Puchong ke rumah. hehehh.. nak elak jem punya pasal aku pusing lalu kat Shah Alam. nak lalu Sunway?? huhh, alamat aku tido dalam kereta la jawabnya.

Drive macam biasa, pasang lagu kuat2 dengan harapan mata tak terlelap. aku memang ada masalah sikit. kalau aku mengantok suka hati aku tertido kat mane. tu yang aku risau sangat tu. hahahh..sampai kat tol Shah Alam tu aku pilih lane Touch n Go sebab Smart Tag dalam kereta ibu aku ni bengong sikit. selalu tak detect tau! malu aku bila tulis TIADA SMART TAG!!! hei, aku ada la!! tak caya? ha? ha? ... pastu kan...tak tahu apa salah orang depan sekali kat kaunter tol tu punya la lama dia stuck. tak tahu la tak cukup baki kat dalam kad ke apa. adalah dalam 15minit stuck kat lane tu.

Orang belakang aku tu dah hon2. aku bukan nak marah dengan kereta yang stuck kat depan sekali tu. tapi aku rasa marah sampai nak mencarut2 kat orang belakang aku tu. punya la biadap perangai dia hon2 non stop pastu siap bukak tingkap hulur2 tangan dah macam Karam Singh Walia sambil memaki2 orang depan tu. Astaghfirullahalazim.... aku cukup pantang orang perangai hodoh macam ni.

Aku intai dia dari cermin pandang belakang tu. Haishhh!!!!

laki tu botak. ada la rambut sikit2.bukan licin macam dalam pic sumbangan google nih.

ok, fine. maybe bagus kalau dia pegi Yun Nam Haircare. macam mana la ko tak botak. sikit2 stress dah menyumpah2 orang. kalo ko jadik nurse tak tahu la aku. dengan kepala2 ko sekali hilang agaknye dek stress melayan kerenah orang. haish!

Atok aku selalu pesan.

"Kita nak jadik pemandu kat KL ni kena banyak sabar. kalau tak sabar, lama2 boleh gila. Makan diri sendiri.."

Betul, betul, betul!!! <--sila tiru gaya Upin Ipin.

Tapi bagi aku,

"Kita nak jadi pemandu dekat KL ni, sila pakai kereta auto dan sediakan stok CD lagu2 Amy Search and Faizal Tahir dalam kereta supaya tak bosan time jem and kaki pon tak lenguh nak tekan2 clutch."

Hahahahahhhh...ok bye!

No comments:

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE