Thursday, May 5, 2011

Day 2: 10 things I love =)

Salam.

1) i love photography!!! suka pic cantik, suka snap pic, suka tengok pic, suka apa2 la yang berkaitan dengan picture! sebab bagi aku, picture tu adalah satu detik moment yang kita hentikan dan boleh kita tengok dan kenang sampai bila2. hohohhh~ aku sweet kan?

2) suka kucing!! aku ada kucing kacak nama Mett. sekarang dia sangat kejam. baru kejap tadi dia geget tangan aku sebab aku peluk dia kuat2. pastu bila aku kurung dia dalam bilik sebab nak ajak dia teman aku tido, dia balas dendam dengan cara geget kaki aku. haishh!!!

3) suka shawl sangat2. lagi2 plain pashmina. rasa bergaya je bila pakai. LOL. hahahhh

4) suka berjalan, suka holiday, suka pegi tempat yang cantik. tempat terdekat aku paling suka sekarang is Pullman kat Putrajaya tu. cantik dol!!! tapi tempat yang paling2 aku suka kat Malaysia ni... Langkawi!! sebab aku sangat2 suka cerita pasal Mahsuri dari aku kecik sampai la sekarang.

5) suka makan!!! hencik lebah suka bahan aku yang ni. ada aku kesah?? yang penting aku happy. hahahahhh... yang dia pon rajin melayan bawak aku makan sana sini nape? dia la penyebab aku chomel nih. =P

6) suka novel. tak dapat bayangkan hidup yang bosan tanpa novel. kalau takde novel..magazine, ujang or manga pon boleh. asalkan ada benda untuk di baca.

7) suka buat handmade kad untuk hencik lebah. walaupon biasa2 je kad tu tapi aku suka jugak sebab hencik lebah sangat2 appreciate kad yang aku bagi. huhu..

8) suka icecream yang perisa peppermint. nikmat gila!! bila sendawa ada rasa macam baru lepas gosok gigi. hehehehe... kadang2 saja pegi The Store Sungai Buloh ni sebab nak makan icecream tu.

9) suka kerja yang membolehkan aku jumpa ramai orang. contoh, keje aku sekarang la. seronok dapat jumpa macam2 kerenah orang even kadang2 memeningkan kepala. tapi bila kita jumpa ramai orang, kita akan jadi lebih matang. agree?? aku memang tak boleh keje duduk diam dalam opis mengadap computer lama2. mahunya tak sampai sebulan aku dah resign 24hr notis. hahahaahahhh..

10) aku suka orang yang wangi macam Sherah suka jugak. tapi aku sangat sensitif dengan bau perfume. kalau lalu kat bahagian perfume kat Jusco ke ape ke.. harus aku tutup hidung. kalau tak,alamat sehari la aku migrain. sebab tu aku ada satu je perfume. sebab susah sangat nak carik yang berkenan kat hidung aku ni...=)

Ok, tu aje kot. ekceli banyak lagi la aku suka. tapi dah kata 10 je kan. takkan aku nak kepochi cerita sampai pecah keyboard kot. hee~

Bye!

p/s: next entry pasal 10 Things You Hate pulak. tunggu ya?

6 comments:

mr pot n mrs lat said...

singgah sini bace entry . . jom terjah blog kami pulakk (:

nelly said...

kita banyak persamaan ^^

MIZZ SUE (asam.garam.gula) said...

samelah su jugak gile gambr..hahaha

Myra Anne said...

mrs lat: thanx visit sni..

nelly: yeke?? leh geng ah! huhu

mizz sue: tau dah..hehe

YANA YONET said...

haha bantal busuk tu mestilah busuk!

Myra Anne said...

mane de~ wangi lah!! hahaha

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE