Friday, May 6, 2011

Day 3: 10 things i hate!

Salam.

1) aku benci orang yang kurang ajar tak reti nak hormat orang lain. kalau jumpa orang macam ni, jangan harap aku nak hormat dia balik okeh?? mana manner ko ni beb?? dah ramai jumpa orang macam ni sepanjang aku keje..=_=

2) aku benci dengan jenis orang yang suka tikam dari belakang ni sebab aku penah kena. sakit wooo~ aku penah cakap kat hencik lebah. "saya tak agak2 nak bagi penampar kat dia kalau jumpa dia depan mata." benci gilaa!!! tak tahu nak describe in word macam mana. oh, tikam dari depan pon aku tak suka. hahahahhh

3) aku tak suka laksa, sardin and milo. kalau ibu buat laksa, tak pasal2 aku moody. kat rumah memang aku sorang je tak makan laksa. kalau ibu masak sardin, aku sanggup goreng telur. kalau pegi rumah orang, orang hidang air milo, aku mintak air masak je.. haisshhh! memang aku tak suka benau ngan tiga benda ni.

4) aku benci gila dengan menatang nama ular. ada sekali tu time aku posting kat Mersing, kitorang pegi Expo Merdeka kat depan Hospital Mersing tu. kawan2 aku buat khianat kat aku suruh orang yang bawak ular jinak tu letak kat leher aku. mahu aku tak jerit kat tengah2 Expo orang ramai tu. ko mampu?? hahahahh..sape suruh kena kan aku. gila.

5) aku benci dengan orang yang hipokrit. iskk! tak payah nak poyo sangat la weii~ terus terang and jujur kan senang.

6) aku tak suka keadaan panas. aku cepat rasa lemas.

7) aku tak suka dengan orang yang jenis suka ganggu hidup orang lain. hei, kau tak kenal dia, kau tak tahu life dia macam mana, yang ko pandai2 nak kritik dia kenapa?? kau bagus sangat??? ciss!! kenapa aku kerek sangat ni? hahahahhh

8) sekali dah keluar rumah, aku tak suka nak patah balik. rasa macam bad day je haritu..

9) aku tak suka bila aku berkenan dengan satu2 baju or seluar tu tetiba takde size pulak. hei, aku gemok sangat ke??? hahahahhh. pastu aku tak suka orang sebok2 cakap orang lain gemok sebab aku tak penah cakap camtu kat orang lain. terima jela orang tu seadanya wei. terima je aku macam ni! eh, pehal aku emo sangat ni.

10) aku tak suka orang menggatal dengan boypren aku. kalau boypren aku menggatal, memang mintak penampar la kan? hahahahhhh

p/s: point ke 9 and 10 tu memang macam rupa orang dah takde point nak cakap. hahahahahhh. okeh, tunggu next entry pasal 10 Things You Wanna Say to One Person. haish macam mencabar gila ni. 10 things to say to 10 person tak boleh ke? heee~

2 comments:

nuraitul said...

hohoho..garang rupanya cik myra nie ek..ish..takutnye saya.. :P

Myra Anne said...

hahaha..xde mana garangnye..kwn kte sume tanya bila masa kte marah. asek nk senyum je..

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE