Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, May 19, 2011

Day 4: 10 things you wanna say to one person.

Salam.

Untuk cabaran kali ni, mesti la aku pilih untuk cakap 10 things kat hencik lebah. hikhikhik... gatal gila aku nih!
ok...

1) hencik lebah, terima kasih sudi main2 mata dengan saya dulu sampai kita tercouple. Dulu, Kini dan Selamanya okeh? eh, macam UMNO punya tagline lah! hahahahhh

2) hencik lebah, sorry la saya selalu buat awak marah even awak selalu pesan suruh saya jadi matang sikit. kadang2 saya memang macam budak2. sebabnya bukan apa.. sebab saya pakai Safi Rania Gold. jadi saya macam terawet muda pulak. hikhikhik...

3) hencik lebah, saya suka awak bawak saya jalan-jalan pegi holiday. bila nak belanja saya pegi Bandung pulak?? takpe, saya belanja awak makan pagi petang siang malam kat sana. tiket flight pegi balik and shopping awak support ya? hahahhh

4) hencik lebah, dah lama sangat kita bersama. saya harap awak tak bosan dengan saya. kalo bosan pon, sila buat bodoh ya?? kalo bosan lagi, jom kita pegi maen Daytona. hari tu saya dah maen dengan Cik Nana. =)

5) hencik lebah, awak keje kuat sangat sampai timbul muscle2 kat tangan awak. lalu awak melupakan saya sebab keje menimbun. tapi kenapa perut awak makin chomel? hikhikhik..jangan la keje teruk2. sebab bila awak keje teruk awak lupa saya. huuu~

6) hencik lebah, awak tu half of my heart, part of my life. jangan lupa tu ya??

7) hencik lebah, besday saya minggu depan je. awak dah prepare ke surprise pape yang patut?? dah beli hadiah ke?? saya tak kisah kalau awak nak beli purse roxy yang baru. sebab yang lama tu dah burok bebenau!!! hahahahahahahhh

8) hencik lebah, harini saya misplaced bracelet yang awak bagi masa 1st anniversary kita dulu. dah enam tahun saya pakai. tetiba harini takde pulak. terima kasih sebab susah2 awak pujuk saya sedangkan awak memang failed bab memujuk. T_T

9) hencik lebah, setiap kenangan dengan awak sangat2 bermakna. yang paling bermakna masa kita naek moto, pastu cover cermin kat helmet awak tu tercabut terbang entah pegi mana. dah rupa apek jual sayur saya tengok awak time tu. sakit perut saya memulas2 tahan gelak tengok muka awak.

10) hencik lebah, saya tak tahu nak cakap apa dah. saya sayang awak gila2 tahu tak?? kalo tak tahu, memang mintak flying kiss kick la kan??

Ok, korang. aku ngantok sangat ni. baru habis empat malam duty yang sangat busy. rasa macam dalam sorga bila dapat golek2 atas katil empuk dalam bilik kat umah mak bapak. heee~

Sekian,

Bye!

p/s: thanx kat korang2 yang singgah blog aku ni. dah dua minggu tak exercise jalan2 kat blog orang. tunggu aku bangun tido ye?? huaarhhh~

No comments:

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE