Monday, May 16, 2011

Hujan yang sedih.

Salam.

Wah!!! lama gila aku tak update kan?? busy laa.. sory2!! =) Ekceli nak update pasal 10 Things to say to one person tu. tak habes2 lagi projek aku. Cik Nuraitul dah katam dah dia punya. hehehehe... tapi nak tulis yang tu perlukan feeling sikit. so aku tak dapat la nak update lagi benda tu. tunggu feeling datang.

Tetiba aku rasa sedih bila time2 hujan macam ni. kejap lagi nak pegi keje. habislah seluar basah, lenjun2 pegi keje sebab jalan kaki. dulu kan, time sekolah ayah selalu hantar aku naek moto. bila hujan kena la naek kereta kan?? time tu suka sangat. dah la ayah aku tu suka benar nak hantar aku sampai tangga nak naek kelas. habis semua orang pandang. malu oh!!! tapi sukaa.. sebab naek kereta. hahaha.. gila!!

Masa sekolah rendah dulu, bila pegi sekolah agama aku selalu parking basikal kat rumah atok. sebab rumah atok dekat sangat dengan sekolah. jalan kaki tak sampai 5 minit. bila aku sampai aje, arwah opah bukak pintu tanya ada duit belanja ke tak? ibu selalu bagi singgit aje untuk sekolah agama. nanti arwah opah tambah lagi singgit. so aku makan la dengan mewahnya kat kantin. dulu2 makanan kan murah. heee~

Time balik sekolah, kalau hujan lebat mesti arwah opah tunggu dekat belakang kelas aku bawak payung. nak jemput aku. taknak aku kena hujan. kesian dia. masa tu dia dah sakit pon. arwah opah sakit Colon Cancer. tapi sanggup jugak dia pegi jemput aku. kadang2 aku rasa bersalah jugak. sebab aku tak suruh arwah opah jemput pon... aku boleh redah aje hujan tu.

Ada sekali tu aku demam lepas kena hujan 2-3hari sebelum tu. dari jauh arwah opah dengar aku batuk2, dia dah keluar rumah. terus tanya "ha, ni kenapa batuk2 pulak ni??" dia pegang dahi aku, panas! aku dah menggigil2 sejuk masa tu. dia terus call makcik aku suruh hantarkan aku balik. dia tak bagi aku naek basikal. masa tu ayah aku keje kilang je. dia balik keje jam 11 malam. so memang tak dapat jemput lah.

Oh, hujan!!! setiap kali aku kena jalan kaki redah hujan nak pegi keje mesti aku sedih. teringatkan arwah opah. kalau dia ada, dia akan teman aku lagi tak?? =)


Bye!

p/s: Al-Fatihah to arwah Non Maliha, arwah opah aku.

No comments:

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE