Sunday, May 8, 2011

Dear Ibu...

Salam.

Di tengah malam buta ni aku just nak wish Selamat Hari Ibu <--(dibaca dalam nada Upin Ipin yang wish selamat pagi cikgu tu) kat Ibu tersayang Puan Munira. Love you, ibu!!!

Angah suka masa ibu mengenakan kitorang pastu ibu terkena balik dengan kitorang. Contoh masa kita lunch satu family haritu:

"Bu, kenapa sikit sangat ibu masak tomyam ni? dah la sedap. mana cukup!" aku cakap dengan penuh rasa tamak.

"Haish!! apa tak cukupnya. tu 50 orang pon boleh makan." ibu merujuk kepada satu periuk kecik tomyam.

aku ngan sibling semua dah gelak2. isk! siap ibu... herrmmm...bila tomyam tinggal sikit.

"Bu, habis dah ke??" adik aku tanya.

"Haishh!! kan dah 50 orang makan. dah habis laa.." aku cepat2 jawab.

ahahahahhahaa....sape suruh ibu kenakan kitorang. ibu terus gelak terkekek2. terus riuh rendah kat dapur.

Lagi satu masa aku tengah cuci pinggan kat dapur, ibu datang menyakat.

"Oit. cuci pinggan ke...." 

"Tak la..kan tengah goreng ikan ni..." aku jawab.

wakakakakakaaaa....gelak lagi dengan ibu sampai ibu gelak takde suara. hahahha...

Sory, ibu. walaupun selalu mengenakan ibu tapi angah sayang gila kat ibu. walaupun selalu tak dengar cakap ibu tapi angah ingat setiap pesan ibu. walaupun angah selalu rasa angah yang betul bila ibu lebihkan hencik lebah time kitorang gado, dalam hati angah selalu mengaku apa yang ibu cakap tu betul. walaupun angah selalu bengang ibu masak laksa untuk Eby, tapi angah sayang ibu jugak sebab nanti ibu masakkan angah ssambal hitam ikan bilis kentang. walaupun angah tak suka dengar ibu pesan macam2 untuk alam rumahtangga yang entah bila tu, tapi dalam hati angah tetap nak jadi isteri and ibu terbaik macam ibu. Ibu, angah sayang ibu.. mmuuaaahhhh!!!

Selamat Hari Ibu!!

Bye!

No comments:

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE