Sempena 26May lepas iaitu born day aku, aku telah menghadiahkan diri sendiri dengan bermacam2 benda. Err.. tak ingat lah apa dia. banyak sangat! hehehe... saja nak manjakan diri sendiri. wishlist yang tak lepas lagi bulan ni cuma nak pergi Spa untuk masssage2. selama ni aku massage kat jiran aku je.. dia pandai mengurut orang lepas bersalin. aku pon tumpang la sekaki suruh dia urut badan aku and betulkan balik urat2 yang dah berselirat tu. hehe.. nikmat wooo massage ni. rasa ringan je badan lepas tu.
Okeh2. toksah melalut banyak sangat. ni nak tunjuk dua benda penting yang aku hadiahkan untuk diri sendiri.
So demi untuk entry kali ni, hencik Jimmy
ni la hencik Jimmy yang aku kepit tetiap malam tu. heheheheh...kat riba dia tu lah hadiah untuk diri aku sendiri. BB Torch. dari Form 4 aku berangan nak pakai BB. dah tua2 ni baru mampu. hehehe...
pastu aku beli pulak cincin. ade sebab aku beli cincin yang ade bentuk love tu. sebab untuk gantikan cincin yang arwah opah bagi dulu yang dah tak wujud.. =( eh, sejak aku pakai cincin ni pergi mana2 kan, semua ingat aku dah jadi tunang orang la.. belum2!!! masih single. tapi tak available lah. hahaha... kalau orang tanya, aku cakap je "ni cincin bujang aku." nanti masa2 depan pakai cincin tunang and cincin kawen pulak kan. so sekarang pakai cincin bujang dulu. =)
tu ajelah yang mampu aku hadiahkan untuk diri sendiri lepas 23 tahun hidup. aku suka beli pape untuk diri sendiri lepas penat lelah kerja.. takdelah stress sangat kan?? tapi lepas ni dah janji kat diri sendiri nak simpan duit untuk kawen pulak. heee...
Tataa...
p/s: nak buat satu list untuk kemudahan masa depan. =)
2 comments:
happy belated birthday..sori lmbt wish :) -wana-
thanx wana..=)
Post a Comment