Bukak2 dashboard terjumpa sesuatu yang sangat indah dari Blog Norhana Rosmida. tapi tak jumpa button komen untuk mintak izin share entry ni. cuma kredit kan kat awak. maaf ye. =)
Puisi Zahiril Adzim buat isterinya Shera Ayob.
“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.
Isteriku, Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,
Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.”
sangat lah indah ayat terakhir puisi tu. syukur masih ada lelaki macam dia. untung kamu, Shera.
untung jugak aku. sebab telah jumpa dia lama dahulu.
siapa lagi.
hencik lebah.
=)
p/s: moga Tuhan membuka hati kami menerima sebuah perkahwinan. amin.
2 comments:
insyaAllah..tak lama,msti akn terbuka pintu hati korg..benda baik kan..huhuhu..
nuraitul: amin ya rabbal alamin..=)
Post a Comment