Tuesday, November 29, 2011

Surirumah punya cerita.

As Salam.

Oh, penatnya. balik keje shift pagi tadi pukul 2.30pm dah sampai rumah. balik je terus angkat kain kat ampai. pastu pegi keluarkan ikan dari freezer, nak masak untuk husband. barang2 masak semua prepare. nasi pon dah siap2 tanak. sementara tunggu ikan tu lembut, pegi iron baju keje husband. sakit2 belakang iron baju dia. konon nak bagi setiap bucu baju tu tajam sampai boleh jari tersiat kalau tersentuh.

Dah siap iron semua, potong2 terung nak buat sambal terung. cili blend dah siap2 buat weekend lepas. senang bila nak masak. tinggal tumis je. lepas goreng terung, goreng ikan pulak. sambil2 goreng ikan, pegi menaip entry baru. ok, ikan hangit sikit. tapi takpe. kita maintainkan kasi sebelah lagi ikan tak hangit. nanti time hidang kat husband kita letak yang tak hangit tu kat depan ye. takde la kantoi. ok, dah goreng ikan, tumis sambal untuk terung pulak. tunggu beberapa minit, ok dah siap! tunggu husband balik kejap lagi boleh la makan sama.

masak semua dah setel, baru pegi mandi. haish penat ye jadi suri rumah ni. kejap lagi nak amik anak balik tuition pulak. hari ni husband kene overtime. =(







ok, tamat dah cerita bohong aku.


hahahahhh!!!


jom makan, geng! aku memang masak. tapi untuk diri sendiri je. aku memang nak keluar jap lagi. tapi bukan amik anak balik tuition. aku nak dating ngan Cik Nana. heee...=P

mana pulak datang anak kalau tuan punya diri pon tak berhusband lagi kan.

ahahahahaaaa...

Tataa.

4 comments:

nuraitul said...

hohohoho..ingtkan blog ini dihack oleh blogger surirumah ke td..hehehe

Nelly The Strange said...

kena tipu rupanya ~
-,-

Myra Anne said...

nuraitul: hahahahh..tgh praktis jd suri rumah la ni...

Myra Anne said...

nelly: tipu sunat. ahaha

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE