Monday, August 20, 2012

Tahun ke lapan kau di sisi. =)

As Salam...

Selamat Hari Raya, bloggers sekalian. Awal-awal entry ni aku nak mintak duit raya ampun kalau ada salah silap aku sepanjang aku menulis blog ni. mana tahu ada terkecik hati walaupon badan korang besar gedabak. hahahahhh. Waktu korang baca entry ni mungkin aku tengah bersuka ria beraya kat kampung ayah aku kat Perak. sebab ini adalah schedule entry aku set untuk publish pada hari ni.

Hari ini 20 August 2012.

Hari ini genap LAPAN TAHUN aku bersama dengan hencik lebah. Syukur,Ya Allah!

Hari ini... dalam suka gelak tawa aku, mungkin aku sayu.
Hari ini... dalam riuh bunyi meriam meletup pung pang sana sini, mungkin hati aku sunyi.
Hari ini... dalam aku seronok makan lemang ketupat rendang, mungkin aku harap dia ada di sisi.

Sebenarnya time aku tulis entry ni pon hati dah sayu semacam. haritu dengar lagu raya kat radio masa tengah drive sorang-sorang, terus air mata menitik2. oh, sayu nya anniversary tahun ni berjauhan dengan dia..terus nekad. hujung tahun ni nak masuk meminang dia. tahun depan before puasa nak kawen. so raya tahun depan dapat raya sama-sama. hikhikhik..bole cam gitu???

Dah lapan tahun ni...tak payah cakap la bab-bab sayang. bak lirik lagu Black ngan Malique tu.
"ketawa bersama, menangis bersama. ku bersumpah harap kita mati pon bersama.."
sumpah aku sayang.

tak payah cakap pasal sanggup berkorban apa saja. biar kami aje tahu.
tak payah cakap jugak pasal gaduh. jarang bergaduh. sekali gaduh sampai seminggu bawak diri. hikhik..
tak payah cerita bab dia membongekkan kan aku sampai aku sendiri gelak terkekek-kekek.
tak payah tanya "tak bosan ke lama-lama couple?" jawapannya tidak.
tak payah cakap macam mana seronoknya aku tiba-tiba atok naikkan taraf status dia jadi tunangan aku.
Bestie aku si Mimi cakap, aku and hencik lebah ada instinct yang kuat antara kami.
tak payah cerita jugak apa dia. yang dekat2 dengan kami aje tahu. hikhikk.

sumpah, aku rindu.
Terima kasih ada setiap kali hari lahir.
setiap kali 20 haribulan.
setiap kali ahad.
setiap kali ramadhan.
setiap kali syawal.
setiap masa.


Senyum tengok cincin itu.
Happy Eight Years Anniversary, my dear!!!

p/s: jangan cuba2 nak komen tanya bila nak kawen. jawapannya TUNGGUUUUU... hikhikhikk..

No comments:

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE