Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, February 25, 2013

Festival Pengantin Malaysia

Assalamualaikum.

Sejak bulan 12 tahun lepas asek busy attend Festival Pengantin Malaysia. tapi masa tu takde plan nak kawen pon. saje2 pegi cuci mata and bawak hencik lebah sekali biar dia tahu anggaran bajet untuk kitorang kawen nanti. itulah niat sebenarnya. kahkahkah..

January pon pegi lagi. tapi masa ni best sebab dah start booking sana sini. erkkk!! apekah? *blushing* kitorang pegi kat SACC, Ampang Point and Wangsa Walk. baru la lengkap semuanya. aku memang suggestkan korang yang nak kawen tu pegi festival macam ni. sebab bagi orang yang takde banyak masa macam aku and hencik lebah ni, sekali pegi boleh survey semuanya sekali. tak payah nak search2 tenet, nak email2 ke dorang, turun naik butik dan sebagainya. boleh pegi sana, tengok brochure dorang, terus tanya apa yang nak tanya.

kalau photographer tu, kita boleh tengok contoh album dorang sekali. kalau bridal boutique boleh tengok baju2 yang dorang ada and gambar pelamin. kalau catering paling best sekali. boleh food testing. kihkihkihh..time survey catering la aku paling sekali yaww! contoh2 kad jemputan and mini sticker biasanya ada dalam satu pakej. kat sini boleh la korang bandingkan pakej terbaik dalam satu2 masa tu.

biasanya untuk booking date and harga promosi tu korang kena bayar dalam RM200-300. tengok lah apa yang di book. macam catering mahal sikit la. catering yang hencik lebah booked, kena bayar RM1000 tapi sebab masa tu kitorang dah tak sempat la cash out duit jadi kitorang runding dengan hencik catering tu bayar RM200 dulu. dalam minggu tu baru hencik lebah bayar lagi selebihnya. takde masalah pon kalau korang pandai berunding dan pandai membodek. hikhikk.

contoh bajet untuk nak booking aku bagi.

bridal boutique : RM 200
photographer + videographer : RM 300
mini sticker (for gift) + wedding invitation card : RM 100
catering : RM 1000

biasanya macam catering company, dorang terima kalau nak bayar guna kad kredit / debit jugak. tapi duit cash pon harus ada. sebab sesetengah yang lain tak terima kad. contoh yang kena bayar rm200-300 tu kan. dorang prefer cash je. jadi boleh la bajet dalam RM600-700 kalau nak start booking2 ni. book ni untuk lock date and harga promotion tu tau. dekat luar maybe korang tak dapat harga macam tu.atau maybe harga kat luar sama dengan harga promotion, tapi time promotion extra thing lagi dia bagi untuk korang.

ada banyak catering company yang buat pakej semua sekali include catering+pelamin+baju+photographer+videographer. tapi korang kena cek la semua tu memuakan hati korang ke tak. macam ada sesetengah pakej tu, catering sedap tapi pelamin tak berkenan pulak. ni semua terpulang kat diri korang okeh? itu aku cakap untuk diri aku la..

bila korang dah book ni, diorang akan explain bila next payment harus dibuat. kalau macam bridal boutique yang aku tempah tu akak tu bagi kelonggaran untuk bayar anytime so bila sampai hari majlis, semuanya dah settle. kemahiran untuk berunding sangat diperlukan time ni ye? =)

ini lah peluang untuk korang kumpul brochure dan bandingkan harga. yang penting pilih pakej ikot kemampuan korang ye!

entry ni takde gambar. sila paham yang tuan tanah dah makin malu untuk bergambar. nanti hilang seri pulak walaupon sejak makan Shaklee ni muka makin shining2 gitu. over kan? hikhikk. =P

Tataaa...






No comments:

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE