Tuesday, May 7, 2013

cerita basi kisah bertunang. =P

Assalamualaikum. walaupun cerita dah bertunang dah sikit basi tapi aku nak cerita jugak. ehehehee..ini gambar2 jemputan masa majlis tu.

 yang berdiri tu ibu aku. dari kiri: acik, makyang, cik pah (kawan ibu), naja & una (cousin)

 naju kurung hijau tu cousin aku, Tini. lain2 tu kawan kolej dia.

 kawan2 politik ayah.

 perbincangan.

 paklong hencik lebah jadi wakil dia. belah aku haruslah atok jadi wakil. 
yang baju melayu hijau tu.

cousins. 
Naja, Qihah, Fifi.

Masa family hencik lebah sampai tu aku punya debar2 macam nak meletup dada. tapi ada kawan2 baik teman dalam bilik. Kawan baik dari kecik, Puan Mimi. Kawan baik masa kolej, Puan Nana. Kawan baik kat rumah sewa, Dayah. Ucu and makyang aku memang standby je depan pintu bilik tunggu hint dari atok suruh aku keluar.

Sampai masa aku kena keluar tu, laju je aku menonong jalan. pastu tiba2 stop kat pintu. aku cakap "Eh, apesal laju sangat ni. tak sempat2." kahkahkah... pastu bila dah sedar diri, baru perasaan takut tu datang balik. aku cakap kat Ucu.. "angah takuttttt!!!!"

Makcik kesayangan aku tula yang pimpin pegi kat mini pelamin aku. aku ingatkan orang dah habis bincang. rupanya baru bincang bab risik. lepas along hencik lebah sarung cincin risik, aku dok tercongok la kat situ sampai orang abis bincang pasal tunang pulak. wuwuwuuuu... malu tahu??? semua orang pandang kite. heheheh.pengalaman seumur hidup. tetiba perasan retis sangat..=P

Ok lah. tunggu aku nak show off dress tunang pulak next entry. kikikiiii. bongkak kauuu. mentang2 baju pon di sponsor. lalalalaaaa.... tata!

No comments:

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE