Tuesday, December 30, 2014

Myramasak : Resepi Cheesy Butter Chicken

Assalamulaikum.
Emm.. tengahari ni korang masak apa? Aku ni takdelah pandai sangat masak tapi sejak kahwin ni dapat satu perangai. Kalau makan pape menu kat kedai, if tak puas hati mula lah nak buat sendiri kat rumah sampai puas hati. hehehe.. First time order Rice with Butterchicken ni kat kedai dekat area rumah aku kat Desa Parkcity tu. Ok, sedap memang sedap. tapi terlampau kering and sikit. So, gigih la cari resepi nak buat sendiri. Tak sangka simple and senang gila rupanya. =)
Straight to the point ok? Yang aku tulis bahan ni agak-agak untuk hidangan 2-3 orang. Kalau nak masak lebih, pandai-pandai la korang adjust eh.
BAHAN 1
- Ayam (setengah ekor)
- Tepung
- Telur 1 biji
BAHAN 2
- Cili api 5 biji (titik - ditumis)
- bawang kecil 2 biji (hiris nipis - ditumis)
- bawang putih 2 biji (hiris nipis - ditumis)
- daun kari 2 tangkai (ditumis)
- Butter (2 sudu besar)
- Susu cair (1 tin)
- cheese 2 keping (tak kisah brand apa)
- kiub ayam Knorr (1 kiub)
- sedikit serbuk lada putih
- limau nipis (untuk diperah air)
CARA MEMASAK BAHAN 1:
1) Salut ayam dengan telur, kemudian salut kan dengan tepung.
2) Goreng hingga garing.
3) Selesai goreng, ketepikan ayam.
CARA MEMASAK BAHAN 2 (masak guna api kecil): 1) Panaskan kuali. kemudian letak dua sudu butter, cairkan.
2) Bila butter dah cair, tumiskan bawang putih, bawang merah, cili api dan daun kari. Tumis hingga naik bau. Ada bau pedas sikit sebab tumis cili api. hehehe..
3) Bila agak-agak dah garing, masukkan susu cair. Kacau supaya rata.
4) Kemudian, koyak-koyakkan cheese dan masukkan.
5) Tambah kiub ayam dan serbuk lada putih. Letak garam secukup rasa. Aku letak sikit je sebab dah tambah cheese.
6) Kacau hingga kuah makin pekat dan menggelegak. Ikot selera masing-masing ye. Macam aku, aku suka banyak kuah. So bila dah pekat, aku tambah air sikit dan tunggu lagi hingga pekat.
7) Perah sikit air limau nipis supaya ada rasa masam-masam sikit, tak muak sangat makan. dan supaya kuah tahan lebih lama.
8) Bila kuah dah pekat ikot selera korang, boleh la masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Kacau supaya sebati dengan ayam.
9) Dah siap, boleh la deko ikot suka korang. hehehe.
P/S:
- kalau aku search resepi ni, rata-rata suggestkan guna isi ayam. tapi aku tak suka. aku rasa guna ayam campur-campur tak kira isi ke tulang lagi best!!! Lagi2 bila bab sedut-sedut kuah kat ayam tu. Perghhh. Marvelous! Kalau guna isi ayam kecik-kecik, tak boleh sedut-sedut ayam tu kan?hehehe. Try lah!
- Cheese tu kalau korang taknak letak pon takpe. Tapi sebab hencik lebah suka makan cheese, tu yang aku tambah tu. Tapi best sebab rasa dia lagi berlemak.
- Jangan masak selalu. Gemuk oiii!
Kalau dah try resepi ni and korang rasa best, tag aku kat Ig @myraanne35 dan #myramasak ye. Muuahhh!!!

No comments:

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE