Tuesday, January 20, 2015

Dugaan nak kahwin.

Assalamualaikum.

Azam tahun baru nak rajin update blog dan page. hikhikhikkk.. Paling best blog and page kan ada schedule post. senang bila free, tulis siap2. jap lagi tengah2 busy tengok post kita dah keluar. hee..

Hari ni nak cerita pasal dugaan masa kahwin dulu. Amboiiii kemain berkepuk cerita sampai setahun baru nak cerita. Over tauuu!!! Ok, siapa kat sini pernah rasa macam aku rasa. Sudahnya jadi macam takde perasaan.. redah jela apa jadi pun.



1st dugaan : Tempah kad kahwin

Sebab kan takde masa nak pergi cari kedai buat kad jemputan, so aku pon cari online jela. Jumpa la satu website ni. Lepas tengok details apa semua, aku pon place order. Bukan salah online shop tula. Salah aku sendiri. Kelam kabut sangat sampai tak cek betul2 material kad tu. Diorang pos kan ikut alamat yang aku bagi untuk jemputan tu. So, sampai lah kat umah arwah atok aku.

Atok call cakap ada dua parcel sampai. aku pon bergegas balik Sungai Buloh. Excited tau!!! Cepat2 bawak balik rumah ibu nak start lipat and tulis nama jemputan. Sekali bila bukak parcel je aku rasa macam nak nangis sebab rupanya "kad" yang ditempah cuma la sehelai kertas je. Huwaaaa.. sedihnya aku. Ibu and ayah dah bising2. Hencik lebah tak kata apa sebab benda dah jadi pon kan. Tapi nak buat macam mana. Redha jelaaa...




2nd dugaan: Pelamin kahwin (belah perempuan)

Masa night before nikah tu memang aku tunggu2 la bridal butik aku ni datang untuk pasang pelamin. Lewat jugak baru dorang sampai. Aku dah risau je sebab takut malam tu hujan. Tapi atlast dorang sampai jugak. Malam tu dorang pasang sikit je. Sebab risau hujan katanya,

Tapi malam esoknya lepas selesai nikah apa semua pon, pelamin macam tu jugak. Sampai sedara mara aku semua tanya, "Ni je ke pelamin ko????" Aku ni dah la kat rumah tak boleh nak keluar. Aku pon tertanya2 apa sebenarnya yang berlaku kat pelamin aku tu. Pakcik aku sent pic, aku macam eh ni dah siap ke belum sebenarnya. Tanya kat MUA aku, dia cakap esok pagi before sanding baru dia sambung hias lagi.

Esoknya masa berarak ke pelamin aku ni dalam hati "What the hell pelamin aku macam ni rupa??" Masa discuss dengan owner butik, beria-ia dia cakap nanti bagi background soft pink + chocolate, bunga penuh dalam pasu besar. Pelamin size 20 kaki standard khemah punya.

Apa yang aku dapat, bunga ciput2 dalam pasu kecik, background putih je takde pink + chocolate. yang background tu pon macam tak cukup kain. macam tak sampai 20 kaki je. Sakit hati aku bayar mahal2. Dah la ada macam pokok putih kat tepi pelamin aku tu, dah habis majlis baru tau sebenarnya tu lampu. Bila tanya kat owner dia cakap, "Laaa..ingatkan u olls tau tu lampu" Heiii, what do you expect. Aku ke yang pasang benda tu. Ingat aku tahu ke pokok tu sebenarnya lampu?

Bila aku cakap apa yang tak puas hati kat owner butik, dia cakap "Takkan nak bagi backdrop tu pink, nanti tenggelam la pengantin.." Dah tu kenapa masa discuss cakap semua ok kan??? Kot ye pon nak bagi backdrop putih, jangan la bagi macam tak cukup kain. Siap kena tarik2 semata nak cover supaya cantik dalam gambar. Haishhh!!!

Yang aku suka bridal butik ni.. hand bouquet, baju and make up dia memang terbaik! MUA pun baik melayan je aku cakap apa pun.



3rd dugaan: Makanan tak cukup

Memandangkan ayah aku salah sorang orang yang penting jugak kat Paya Jaras ni (masa tu), so punahlah impian kahwin aku yang nak kecil2 je. hehehe.. Jemputan dalam 2000 orang. Tiba2 masa aku tengah makan beradap tu pekerja catering tu borak dengan kitorang, yang makanan dah licin. Haaaa????  Nasi dan lauk licin. Makanan sampingan macam laksa and meehun sup pon habis. Aku dah gelabah. Malu la oi kenduri makanan tak cukup. Tapi thumbs up untuk catering tu sebab dalam masa setengah jam problem dah selesai. Owner catering cepat2 masak sayur lain and masak lemak ayam buat cover makanan yang dah habis. Aku pun tak sempat makan lauk kenduri aku. T_T

Bila habis kenduri, akak catering aku tu cakap, jemputan yang datang dalam 3300 orang. Entah mana datang ramai2 tu. hahaha.. rasanya kad aku edar dlm 1000 je, tapi alhamdulillah syukur. Semua cakap lauk sedap, Pulak tu lepas2 kenduri, ramai lagi jumpa ayah aku cakap "Buat kenduri tak jemput..." Huwaaa.. nasib baik ayah ada 4 orang anak lagi tak kahwin. Nanti kita cover balik mana yang tercicir jemput masa kenduri aku tu. hehehe..


Balik dari outdoor photoshoot tu.. aku, hencik lebah, adik lakiku Eby dan photoG pergi lepak kat McD Sri Damansara akibat kelaparan. Tapi sebab masa tu aku masih pakai baju pengantin + corset makanya aku mampu makan fries je. ehehehe..


Kesimpulannya, nak kahwin memang akan macam2 dugaan datang. Yang penting kena kuat, banyak2 doa and jamgan cepat stress. Kerja pon kena bahagi2 kat orang lain supaya kita tak tension bila semua benda kena buat sendiri. Nama pon raja sehari weyyhhh. hehehe..

Till then.

XOXOXO.








2 comments:

nadia said...

hihi.. samalah !

lepas outdoor session, terus ajak husband gi drive thru mcd. lapar!
keke. pastu kitorang mkn kat tepi jln dgn. sedihkan pengantin tak dpt mkn time kawin. ahaha

Myra Anne said...

nadia: kitorang makan je kat McD tu. orang tengok je tapi biarlah sebab lapar sangat. hahah

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE