Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, March 19, 2015

Trip ke Cambodia Vol 1 (Phnom Penh + Siem Reap)

Assalamualaikum.

Straight forward jela ye? hehehe.. Tak payah la muqadimah panjang sangat ye dok??? 12-15 March 2015 baru-baru ni aku dah berjaya selesaikan salah satu wishlist tahun ni iaitu nak berjalan ke oversea selain Indonesia and Thailand. Heheheh.. So, ke Cambodia la kita. Aku, hencik lebah dan Cik Puan Kikin iaitu Along aku.

12 March 2015 (Day 1)

Kitorang naik flight jam 7.05am. So jam 4am dah gerak dari Sungai Buloh. Hampir jam 5 am dah sampai. Terus check in luggage. Barang banyak ye masa ni sebab kitorang bawak bekalan makanan untuk adik aku jugak si Yunnade sebab dia belajar kat sana. Lepas tu terus breakfast kat Puffy Buffy.

Nasi lemak x2 + Teh tarik x2 = RM46

Huwaaa.. menangis nak bayar tau. Huhuhu.. Tapi eloklah korang makan heavy terus sebab nanti sampai tak tau pulak nak cari kedai kat mana kan. Lepas breakfast kitorang terus masuk untuk boarding. Jangan risau.. lepas korang check in masuk dalam nak pergi kat gate korang, dalam tu ada surau. So boleh solat Subuh kat dalam je. 

Perjalanan ambil masa dalam 1 jam 50 minit macam tu. Sampai sana je si Yunnade dah tunggu dengan tuk-tuk driver dia si Monie. Sayu woi time ni. Kitorang bertiga peluk depan pintu ketibaan tu dengan air mata berlinang. Rinduuuuuuu.. Huhu.. 

Tuk-tuk dari Airport ke area Riverside = 12$ (RM44.40)

Oh caj tuk-tuk 12$ sebab Monie caj dari rumah Yunnade ke airport untuk ambil kitorang dan ke Riverside. Kalau dari Airport ke Riverside je tak silap aku dalam 7-9$ dah boleh dapat. Si Monie ni terus hantar kitorang kat tempat kitorang nak naik mini bus ke Siem Reap. Before tu sempat singgah Wat Phnom tangkap2 gambor.

Jam gergasi depan Wat Phnom ni berfungsi ye.

Elephant Express 
Phnom Penh - Siem Reap = 10$ (RM37) sehala

Kitorang naik mini bus ke Siem Reap jam 2pm. Masa sampai ni awal lagi. So kitorang tinggalkan beg kat sini dan pergi jalan-jalan ke Central Market. Naik tuk-tuk dari sini ke CM caj dalam 2$ (RM7.40) sebab tak jauh pun..


Sport shoes Nike
Harga asal 30$
Lepas tawar : 25$ = RM92.50

Air Tebu : 2000 riyel = 0.5$ (RM1.85)

Masa kat sini aku beli:
- Ali baba pants = 6$ (RM22.20)
- Tshirt Cambodia = 1.8$ (RM6.66)
- Minum air kelapa = 2$ (RM7.40)

Hampir jam 2pm kitorang balik ke Elephant Express. Naik tuk-tuk orang tu nak caj 4$ sebab tengok kitorang 4 orang. Tapi sebab kitorang tawar-menawar and bagitahu masa datang pun kitorang kena caj 2$ je so dia pon mengalah. Tak baik tipu tauuu! huhuh..

Mini bus ke Siem Reap delay 1 jam. Jenuh la menunggu... haishhh!!! Dan perjalanan ke sana ambil masa 6 jam. Sepanjang 6 jam tu mini bus ni cuma akan singgah dua tempat. 1 ala-ala R&R la kot. Ada petrol pam, toilet and convenient store. 1 lagi tempat kat Kampong Thom. Disebabkan last kitorang mandi pukul 3am before gerak ke airport pagi tu, badan dah berlengas gila masa ni. Dekat Kampong Thom ni mini bus berhenti depan restoran. Restoran ni tak halal jadi kitorang tumpang toilet je untuk segarkan diri,

Sampai Siem Reap tepat jam 9pm. Kitorang menunggu tuk-tuk driver datang pulak. Namanya Mr.Thavy Ibrahim . Klik link tu untuk add dia kat FB. Dia ni muslim dan pandai cakap Malay so senang sikit lah berurusan kan. Aku booked dia pun kat FB je. Few weeks before ke Cambodia aku dah PM dia. Lepas dia jemput kitorang, dia bawak kitorang dinner kat Muslim Cambodian Restaurants.

Dinner:
- Fried rice with chicken + Ice Lemon Tea = 3.75$ (RM13.90)

Hencik lebah makan Loklak Beef + White rice + Telur dadar + Ice lemon tea. Tak ingat pulak harganya berapa. hehehe.. Lepas dinner, pergi check in kat Secrets Pavillion Boutique Hotel . Kitorang booked kat Agoda je. Dapatlah RM93 je 1 malam. Tapi sebab ada masalah, bilik kitorang diupgrade kan. Dapat lah Queen bed kat kitorang. Kalau tak Along aku tu booked yang standard double room je.. yang dua katil single tu. Tak feeling honeymoon la kannnn. hahahah. nasib free upgrade.






Dah check in, kitorang jalan2 pergi night market. Si Thavy ni jugak hantar sebab dah bayar dia 4$ kan. ehehehe... kat night market ni aku sempat beli checkerd shawl je. Dua helai 5$ (RM18.50)

Tu jelah untuk hari pertama. Macam panjang berjela pulak kan?? hehehe. Terima kasih sebab sudi baca.

Tips ke Cambodia:
- bawak mask sebab kat sana panas dan berdebu teruk
- sila pakai baju yang serap peluh dan tak tebal sebab sana panas. orang sana pun cakap sana memang tak hujan.
- sana guna matawang Riyel dan USD. tak perlu tukar Riyel banyak2. tukar dalam 15-20$ je dah cukup sebab biasanya urusan jual beli kat sana kalau nak shopping memang guna USD.
- Riyel cuma digunakan di kedai runcit atau gerai-gerai kecil. masa aku pergi dorang memang fix kat semua kedai 4000 riyel = 1 USD. so pandai2 la korang convert kalau nak bayar guna Riyel or USD.
- jika nak kemana-mana, boleh tanya dulu kat locals jauh mana tempat tu supaya korang boleh bajet berapa nak tawar dengan tuk-tuk driver.

*** Tukaran matawang masa aku ke sana 1 USD = RM3.705

Sekian. Tataaa..




1 comment:

Unknown said...

Wahhhh. Ini buatkan akak tak sabar nak gi kemboja.
Hasanah
http://imnah03.blogspot.com

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE