Monday, March 23, 2015

12 Tips ke Cambodia

Assalamualaikum.

Ok, entry ni kita cerita pasal tips jela yek. heheh..

  1. Book tiket flight masa tengah sale. Book je dulu. Tak payah fikir benda lain.
  2. Tukar duit RM ke USD masa tukaran tengah murah. Kena rajin pergi money changer tengok rate dorang. Few months before tu pun if dapat rate bagus, terus je tukar. Jangan tunggu last minit macam aku. heheh.
  3. Book hotel. Cari location yang bagus. Contoh macam kat Phnom Penh kat area Riverside. Kat Siem Reap kat area Night Market.
  4. Bawak baju yang mudah serap peluh. Jangan pakai baju putih sebab kat sana berdebu. Habis baju hencik lebah hitam-hitam kat bahagian leher. Terpaksa buat iklan Dynamo, sapu dulu sabun kat bahagian kotor baru masuk dalam washing machine. Hikhikhikk.. Seriously berkesan ye!
  5. Bawak mask! kalau korang plan nak kemana-mana naik tuk-tuk, mask ni memang sangat diperlukan untuk mengelakkan korang cepat jatuh sakit.
  6. Bila dah sampai sana, tukar dalam 15-20USD ke mata wang Riyel untuk kegunaan urusan jual beli kat convenient store. Tak payah tukar banyak-banyak sebab mata wang Riyel ni contoh dia macam kita tukar RM ke Rupiah. Berpuluh ribu korang dapat nanti.
  7. Kat sana dorang susah sangat nak terima 2USD dalam urusan jual beli. Sebab mengikut kata Mr.Thavy, 1 USD dorang akan dapat 4000 riyel. Tapi bila tukar sekeping 2USD dorang tak dapat 8000riyel. Cuma dapat 7000riyel. Jadi dorang akan kerugian kat situ. So make sure kalau ada penjual bagi korang 2USD, tu adalah trick dorang tak nak rugi. Nanti kat mana-mana pun korang nak guna sekeping 2USD tu penjual lain takkan terima. 
  8. Make sure tak kena tipu dengan tuk-tuk driver. Kadang tempat tu dekat je tapi dorang caj mahal. Even naik tuk-tuk korang kena bargain ye. And pastikan dulu berapa dia nak caj before naik. Kalau tak dapat bargain, cari tuk-tuk lain.
  9. Kalau plan nak naik mini bus / bus ke Siem Reap pastikan bawak bekal makanan. Sebab kat tempat hentian dorang takde restoran halal.
  10. Sentiasa bawak bekal air mineral. Kalau nak beli kat sana, beli brand KULEN. Air ni memang dijamin mineral. Kalau kat Malaysia, penutup botol kaler Biru or Hijau adalah confirm air mineral. Penutup putih adalah air Reversed Osmosis. tapi kat sana biru ke hijau ke sama je Reversed Osmosis. KULEN ni je aku memang sure dia mineral water.
  11. Kalau nak beli sport shoes, make sure tengok MADE IN mana. Contoh kasut yang berkualiti MADE IN VIETNAM. Even kasut yang sama, tapi kalau dorang bagi MADE IN CHINA, jangan lah korang beli sebab kasut dari China memang ada size besar tapi tak berkualiti.
  12. Kat sana susah cari kasut size besar. Kat sini aku pakai size 7. tapi kat sana size 7 punyalah payah nak cari. Ada pun muat-muat je. Hencik lebah nak beli kasut size 10 pun susah nak dapat.

Ok, tu je dulu kot. Aku pun blur dah nak tulis apa. Hehehehe..

Sekian. Tataa..

No comments:

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE