Tuesday, March 24, 2015

I am a successful housewife. =)

Assalamualaikum.

Bila dah kawen ni terasa sangat lah yang aku makin improved bab-bab skill kat dapur ni. Ehehehe. Kenapa aku kata gitu? Sebab dulu aku ni susah benor nak masuk dapur. Pulak tu masak sejenis lauk sampai sejam lebih. Tak pro langsung bab time management. Lagipun masak pulak untuk diri sendiri kan. Dah kecah-kecah dapur just untuk masak buat diri sendiri. Ewww malas la! Tak kuasa aku. Beli je senang.

Lepas kawen, mula-mula dulu.. pagi-pagi dah masak lauk lunch kau... Sebab dulu kan ada shift petang. So before pergi kerja tu aku masak la. Pukul 9am dah masak. Dekat pukul 12pm baru settle. Padahal masak lauk and sayur je. Kikikiii. Over tau! Nasib MIL sporting. takde nak tegur-tegur aku ni lambat ke apa. Kadang kalau malas masak pagi, bajet-bajet laki nak balik jam 6pm, jam 3pm dah start masak. +_+ 3 jam amek masa.

Dah setahun lebih ni. Aku boleh mendabik dada sikit sebab macam dah pro. Sikit laaa.. Hakhakhakkk. Sekarang ni kalau nak masak, masuk dapur je terus letak kuali, letak minyak. panaskan minyak dulu. Sementara panas minyak, siaplah potong bawang apa semua.. time tumis-tumis tu siapkan pulak benda lain. Feeling hebat sangat la time tu. Kikikiii..

And now, improvement paling besar. Pukul 5pm je whatsapp hencik lebah.

"Bebe, nak balik nanti bagitau ehhh. Nak masak."

"Ok yang!"

Agak-agak je dia cakap on the way melompat aku masuk dapur. Selalu kalau start masak jam 6.15pm tu, sejam je dah siap dah semua. Masak nasi, masak lauk, goreng sayur.. kadang rajin, bersihkan ayam pulak untuk masak esok. Sempat kemas dapur lagi. Memang nak bangga la time tu. Hihihihi..

Seriously, sekarang ni baru nak mengaku ayat "Practice makes perfect".


So now i am totally success in one thing. I am a successful wife to a man called husband. =)

Poyo dak? kikikiii...


No comments:

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE