Wednesday, April 15, 2015

Rumah Impian Ayah

Assalamualaikum.

Entry kali ni nak cerita pasal ayah je. Eh, belum tulis dah sebak kenapa. Ehehehe..

Ayah..

Nama ayah Noridin. Panggil Din je. Sedara mara belah ayah panggil Paksu. Belah ibu panggil ayahanda Ayahnyah. Dari zaman kecik ayah memang orang susah. Orang kampung je.. nun ceruk kat Selama, Perak. Masa datang KL ayah pernah kerja construction kat bangunan apa entah kat KL tu. Dayabumi kot. Lupa pulak.. Tapi kejap je. sebab ayah sampai sekarang pun bukan tahan kerja berat2. heheh. Keluar rumah kejap pon beria pakai topi sebab tak tahan panas. =P

Lepas tu, lama ayah kerja kat kilang Malaysian Sheet Glass (MSG) sebagai Operator Pengeluaran. Dulu kilang ni ada kat Sungai Buloh. Sekarang kat Pasir Gudang, Johor je. Masa ayah kerja kilang ni ayah memang busy. Jarang dapat jumpa. Nama pun kerja shift.. Hidup pun biasa2 je. Takdelah miskin tapi sekadar apa yang cukup. Nak makan KFC sebulan sekali pun susah, baju raya pun selalu arwah Opah belikan. Ibu tolong ayah cari duit dengan mengasuh anak orang.

Masa tu duduk kat Rumah Murah PKNS Paya Jaras. Masa umur aku 5 tahun kot, kitorang pindah kat Taman Paya Jaras Permai. Alhamdulillah. Masa tahun bila entah, kilang MSG tu nak tutup and pindah ke Pasir Gudang. Ayah taknak ikot pindah ke sana so ayah dapat duit pampasan. Maka aku rasa, itulah keputusan terbaik ayah pernah buat dalam hidup.

Walaupun lepas berhenti kerja kilang kerja ayah tak menentu, tapi kitorang tak pernah tak cukup makan. Ayah pernah kerja kilang Dutch Lady, kerja supervisor kat projek perumahan.. and kemuncaknya ayah kerja sebagai PA kat ADUN Paya Jaras. Masa ni baru rasa hidup kitorang senang sikit. Boleh pergi holiday mana-mana. Boleh makan sedap-sedap.. KFC pun boleh mintak je anytime. hehehe..

Tak pernah terbayang dari rumah murah ke rumah kat taman perumahan. Rumah 3 bilik yang sempit tapi cukup luas untuk kitorang. Walaupun kena share bilik tidur, walaupun kalau dah semua masuk dapur sampai berlaga bontot sebab sempit, Walaupun bila ramai2 ada yang kena tidur kat luar.. tapi alhamdulillah. itu yang seronok. Dan tak pernah terbayang langsung ayah akan bina 1 lagi rumah untuk kitorang semua duduk dengan selesa. Menantu dan bakal-bakal menantu balik pun selesa. Bakal cucu-cucu ayah pun boleh main kat tempat yang luas.

Mana sangka dengan kerja kilang je dulu, sekarang ayah mampu buat rumah impian ayah sendiri. Dengan susah payah ayah cari duit nak besarkan anak-anak, nak simpan duit untuk masa tua lagi, nak buat rumah lagi.. Serius terharu bila tengok pencapaian ayah selama aku hidup ni.


Ayah,

Tahniah sebab berjaya bina rumah impian ayah. Terima kasih buatkan kitorang bilik sorang satu. Lepas ni takde dah kes kena tidur luar kalau ramai-ramai balik. Kalau makan pun boleh makan sama-sama. Takde dah sorang tercampak kat depan sebab tak cukup kerusi kat meja makan. Ehehehe..

Angah selalu doakan ayah dimurahkan rezeki dan dilindungi selalu. Ailebiyu ayah. Muah cikedddd.. Oppss.. kang kena kutuk dengan Shila Amzah pulak. Lalalalaa..

Till then.

Babaiiii..


4 comments:

lynndamya said...

Salam, haha sy pun bila teringat apa yg ayah sy buat utk kami sekeluarga selama ni, mmg sebak dan terharu..begitu besar dan banyak dan mcm2 yg ayah buat utk jage kita kan..wuwu sedih dah..tahniah utk ayah awak :)

Myra Anne said...

tq lynndamya! memang kalau ingat boleh jadi sebak. banyak sangat jasa dia.. =)

nik ros said...

kalau ingt sal apa yg mak ayah buat mmg blh buat kita sebak. tak sedar kdg2 dah kuar airmata..huhu..sebak.

Myra Anne said...

nik ros: kannnn. huhuu.. dah la kte ni jenis kental susah nak nangis. tapi kalau pasal orang tua senang je keluar air mata. heheh

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE