Walaupun tips ni dah ramai orang tahu, and aku pon dah lama applied tips ni maka aku pon rasa rajin nak share untuk kawan-kawan yang cooking noob macam aku. Hehehehhh.
Biasa kan bila pergi pasar ada jual ikan 3 pinggan RM10??? Lepas tu selambak pulak kan kena siang ikan. Hadoiii. Tapi before kahwin dulu terus terang aku cakap kalau aku siang ikan alamat hancur la ikan tu. Kejap lagi goreng ada yang dah hilang kepala la. Ada yang patah dua la. hahaha. Pulak tu siang sekor ikan tu pon boleh amek masa 10 minit. ^_^ DULU!!!
Sekarang, setengah jam boleh siap 25 ekor ikan. Ok la tu kan? Ok tips yang aku nak bagi ni senang je. Lepas beli ikan tu, seeloknya jangan bertangguh nak siang ikan (macam aku selalu buat). Kadang bila busy ke sana sini, tak dan nak siang ikan. Ikan kalau beli kat pasar hari Khamis kat Jalan Kuching tu, belum tentu Khamis depan dah habis masak. Lagi pulak kalau tak bersiang lagi kan???
Haa, lepas siap siang ikan tu, asing2 kan terus dalam plastik/bekas. Misal kata ikan kembung ada 10 ekor, ko nak buat masak dua kali, maka asingkanlah 5 ekor satu plastik.. 5 ekor lagi plastik lain.
Macam gini.
Tak ke ko rasa macam bertambah rajin nak masak kalau bukak2 je freezer tu tengok kemas je fridge korang tersusun ikan-ikan yang dah siap pack ni. Ehehee.. Lagipun ikan yang dah siap siang ni jangka hayat dia maintain cun dalam freezer tu lama sikit. Kalau ko tak siang siap2 sebelum simpan, tengok seminggu pon dah lembik huduh. Rasa menyampah pulak nak siang.
Sama jugak macam ayam. Aku kalau beli ayam sekor, tengok la berapa banyak boleh divide portion untuk masak. Sebabnya kat rumah MIL aku ni ramai budak2. Kalau masak ayam memang laju je licin. Kadang sekor ayam habis sekali masak. Kadang bole la buat 2-3 menu dengan sekor ayam.
So kalau beli ayam memang aku plan nak masak apa siap2. Senang bila dah tahu menu. Terus asingkan bahagian2 ayam yang sesuai untuk masakan tu. Bila nak masak, tak payah keluarkan sekor ayam tu kan? Lagi pulak kalau jenis yang takde microwave untuk defrost tu. Haaa, berzaman la tunggu nak defrost secara naturalnya. Hehee..
Lagipun kalau kita tak asingkan, tiap kali nak masak takkan kita nak keluarkan semua kan?? Contoh kita nak masak 5 ekor ikan je. Tapi kita keluarkan 10 ekor. Lagi 5 tu dah defrost, kita masukkan balik dalam fridge. Cepatla rosak ikan tu, =)
Kesimpulan:
- Siang ikan lepas beli.
- Bersihkan dengan air asam dan garam.
- Asingkan portion untuk berapa kali masak.
- Bila nak guna, just keluarkan satu plastik dan masak. =)
Ni je tips kuno yang aku boleh share kat cooking noob macam aku. Kalau berguna untuk korang boleh la apply. Kalau korang dah memang sedia apply tips ni, teruskan jela ehhh.
With love,
Myra Anne.
#SuperWifeStory
#tokeikedai
*****************************************************************
Untuk pembelian produk Shaklee / Sambalava boleh hubungi saya di:
Fb: Myra Anne Noridin
Whatsapp : 019 6035 169
No comments:
Post a Comment