Tuesday, September 1, 2015

Bahtera : Bumipreneurs of Tomorrow @ KLCC

20 August 2015

Gusi masih sakit kesan minor operation removal of gigi bongsu. Pipi jangan cakap la bengkak dia macam mana. Besar gila kot. Sampai herot mulut aku. Bangun pagi je dapat message dari wife kawan hencik lebah, Faina. Dia ajak pergi program BAHTERA. Dia hantar pic poster je. Maka aku pon laju2 bersiap ke sana.

Ok, fine. Ingatkan kat PWTC sebab tu aku gigih pergi. Dekat je kot rumah dengan PWTC. Sekali sampai2 cari member tak jumpa. Nasib la si Faina ni tergerak nak call aku. dan soalan dia,

"Myra kat KLCC kan???? Kitorang kat KLCC."

Haaaaaa???? Aku kat PWTC kot!!! hahahahahhh. Nak tempeleng diri sendiri sebab tak baca habis2. Mak aih dah la aku failed jalan2 kat KL ni. Nak pergi KLCC apa entah lagi. Tapi sebab alang2 dah keluar, gigih jugak la waze jalan.

Alhamdulillah sampai.



Program ni memang bagus untuk orang-orang macam aku ni nak korek ilmu bisnes FREE! Syiok woo!! Membara-bara nak bisnes lepas dengar sharing dari otai-otai bisnes.

Kalau ada lagi program macam ni, please tag aku k? Seriously nak pergi. Huhuhu.

Sekian.

Tata.

#SuperWifeStory
#tokeikedai


No comments:

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE