Tuesday, December 29, 2015

Anniversary Celebration at Pullman Putrajaya

Assalamualaikum.

Entry kali ni rasa macam harus update. Senang kalau anak-anak nak baca bila Umi dia dah tak daya nak update blog nanti. Hehehe.. Haa, anak-anak... 29 November 2015 adalah ANNIVERSARY KEDUA mak dan pak hang.. Korang baca ni dah tahun bila? Umi dah tak larat dah ha. =D

Mula-mula kitorang plan nak ke Krabi dengan my bff Mimi sebab wedding anniversary we all tak jauh mana. So boleh la sekali double celebration kat sana. Tapi tahun ni currency Malaysia jatuh teruk. Umi tak tahu nak kabor sebab Pok Jib korang ke apa. So Umi and Abi.. Eh? Masa ni tak decide lagi Abi ke, ayah ke, babah ke apa.. tapi Umi bedal jela Abi ye? Macam best jek. hehehe.. So kitorang decide nak ke PD tidur kat Grand Lexis. Tapi bila fikir-fikir balik macam tak berbaloi pulak drive sejam ke sana untuk tidur satu malam.

Lastly kitorang ke Pullman Putrajaya jela. Dekat je.. drive pon tak sempat nak penat. Ada bajet lebih boleh stay dua malam. Hehehe.. Book hotel ni melalui booking.com. Survey kat Agoda total untuk dua malam RM590. Tapi masa nak confirm, cek balik kat booking.com lagi murah. RM540 dua malam untuk bilik yang sama.

Helloooo Pullman!

Welcome note from Pullman.

Bilik masa malam pertama Umi Abi kat sini.



Sememangnya niat kitorang nak rest sepuas-puasnya. Tu yang cari bilik ada bathtub.
Supaya dapat berendam sampai kecut sambil tenangkan minda. Hehehe..

Pastu kalau pakai baju yang nampak kurus wajib selfie kat cermin. Kahkahkah..

Untuk dinner kitorang ambil buffet je. 
Padahal before tu dah survey untuk candlelight dinner.
Tapi rasa macam tak berbaloi dengan kitorang yang kuat makan ni. =P

Second day breakfast.

Masa ni Umi mandi kejap je sebab tengah busy closing Shaklee. 
Pool dah best tapi hati tak tenteram. So duduk tepi je. hehehe..

Masa second day kitorang tukar bilik sebab previous room tu ada masalah aircond and air panas.
Masuk je bilik ni terus rasa awesome sangat.

Tengok bath tub tu. Mana la daku tak feeling princess tengah berendam kat istana.
Kaahkahkah...

Untuk hadiah anniversary, Abi belanja Umi spa kat sini.
Umi?
Belanja Abi makan kat kedai mamak je. Romantik kan Umi? =P

Nak balik dah. Kena back to work, back to everything. =(




Happy 2nd Anniversary, saiyang!
It's still two of us.
But i really don't mind.
I know that Allah will always heard our du'a. 
Just wait! Rezeki tak pernah salah alamat atau salah masa.

*Anak-anak, masa ni korang tak wujud lagi. Tapi Umi Abi tengah usaha la ni. Hehehee.. Kita jumpa nanti ya? =)

Till then.



No comments:

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE