Thursday, October 27, 2016

DIY Pillow/Linen Spray


Assalamualaikum.

Sebagai seorang yang suka benda wangi, haruslah semua benda nak ku spray bagi wangi. Ini termasuklah spray bantal dan linen. Memandangkan aku dah buat collection essential oil yang wangi-wangi ni maka baiklah kiranya aku buat sendiri ye tak? =)

Sebab aku pon memang tak tahan bau Febreeze. Menusuk hidung rasanya. So jomlah kita DIY je pillow spray ni. Tengok kat Bath & Body Works pon boleh tahan harga dia. Hehehee..Nasib hencik lebah dapat bini kedekut. =P

DIY Pillow/Linen Spray di blend dari therapeutic grade essential oil untuk :
  • membantu tidur yang lena
  • membantu masalah sukar tidur
  • pewangi bantal dan tilam
  • meningkatkan ketenangan
  • sebagai air freshener
  • mengurangkan keresahan
Apa bahan diperlukan?
  • Witch Hazel (boleh dapatkan di Lelong.com)
  • Botol kaca
  • 20 drop Cedarwood Essential Oil
  • 20 drop Lavender Essential Oil
  • 20 drop Orange Essential Oil
**Witch Hazel ni akan membuatkan essential oil kita sebati. Kalau takde Witch Hazel, boleh try guna Epsom Salt mix in distilled water. Tak pernah try tapi ada yang sarankan jugak. 

**I've bought Witch Hazel by T.N Dickinson's. Baunya agak kuat sikit so maybe lepas ni nak try guna Epsom Salt and distilled water pulak.

**Untuk panduan dan pertanyaan tentang essential oil, boleh direct whatsapp 0196035169.

Ok lah.
Have fun during your DIY session. Tak sampai 5 minit pon projek DIY ni. Hehehe.. Selamat mencuba!




No comments:

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE