Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, March 20, 2015

Trip ke Cambodia Vol 2 (Phnom Penh + Siem Reap)

Assalamualaikum.

Ok, masuk hari kedua cerita di Cambodia. Masa hari kedua ni kitorang memang dah berada di Siem Reap ye bagi sesiapa yang tak baca Vol 1. Nah klik link ni.


13 March 2015 (Day 2)

Ok, hari kedua ni awal-awal kitorang dah bangun sebab nak tengok sunrise yang cantik kat Angkor Wat katanya. Jam 4.30am kitorang dah naik tuk-tuk ke Angkor Wat. Perjalanan ada la dalam setengah jam camtu kot naik tuk-tuk.

Dah sampai Angkor Wat, Mr.Thavy terus berhenti kan kitorang kat kaunter tiket. Kena bayar 20$ (RM74) untuk 1 tiket dan tiket tu akan ada muka korang.


Masa ni tengah tunggu sunrise la kononnya. Hehehehe. Tunggu punya tunggu sampai jam 7 lebih camtu takde pun sunrisenya sebab awal tebal sangat. Malu-malu je matahari keluar tu pun macam taknak bagi kitorang kempunan. hahahah. Seriously cantik ye tempat ni dan amatlah luas sampai jalan tu rasa nak pecah kaki.


Tengoklah betapa ramainya orang tunggu nak tengok sunrise. Siapa yang memang dah dapat port baekkk tu mesti kecewa. Takde rezeki.. takpelah. Last2 kitorang makan dulu nasi goreng yang dah tapau malam tadi, snap2 pic kejap and jalan2 je dalam ni. 

Tips ke Angkor Wat:
- bawak bekal breakfast 
(actually boleh suruh hotel bungkuskan breakfast roti untuk korang tapi sebab masa kitorang check in malam tu kitchen dah close so tak dapat bungkuskan)
- bawak air mineral
- pakai baju loose yang sopan dan serap peluh
- pakai kasut yang sesuai. jangan ko pakai seliper kecepeh2 tu kang merana sakit kaki.
- bawak CAMERA!!!


Ni la kerja kitorang lepas breakfast kat padang ni. ehehehe... Hencik lebah pun layankan aje.








Ok, dah la feeling macam WOW sangat orang zaman dulu dapat bina tempat ni kan. lagi awesome tengok batu-batu kat atas ni dorang susun macam tu je. tapi still kukuh sampai sekarang.






Dah habis jalan kat candi yang ni, kitorang pergi ke tempat yang ada pokok Tomb Rider tu pulak. Jauh jugak weh. Dalam 20 minit camtu kot rasanya. Tapi tak kisah lah sebab kebetulan masa hari kitorang pergi ni cuaca mendung je so udara pun sejuk.


Sini banyak batu yang dah runtuh. Rasa sayang sangat tengok tempat cantik macam ni runtuh. Tapi banyak jugak candi yang dah di baik pulih semula untuk keselamatan orang yang datang.


Ni pokok tu dari depan. Dari luar candi ni.

Lara Croft. Eh?? =)

Ini bahagian akar pokok Tomb Rider. hehehe.

Amaze kan macam mana pokok-pokok ni boleh tumbuh macam ni rupa. Kuasa Tuhan. =) 


Balik dari Angkor Wat kitorang dah kelaparan gila. So terus Thavy singgah Muslim Cambodian Restaurant ni untuk lunch. tapi kitorang tapau je sebab dah jam 11 lebih. Thavy nak pergi solat Jumaat. 



Ini lebih kurang harga makanan kat kedai ni. Kitorang nak pergi Muslim Family Restaurant tapi Thavy cakap restoran ni tutup dua minggu. Masa kitorang pergi, dia tak bukak lagi. Untuk lunch ni aku and hencik lebah order:

- White rice x 2 = 1$
- Fried pineapple chicken x 1 = 4$
- Omelette x 1 = 3$
- Ice milk coffee x 1 = 0.75$
- Ice lemon tea x 1 = 0.75$
- Beef fried rice x 1 = 3$ (untuk bekal makan dalam mini bus sepanjang balik Phnom Penh)

Total =  12.5$ (RM46.25)

Hencik lebah ikut Thavy pergi solat Jumaat so kitorang deal dengan hotel untuk check out lewat 1 jam sementara tunggu Thavy habis solat. Dorang tak caj extra pun sebab maybe malam before nye tu pun kitorang check in dah jam 10pm macam tu. 

Tuk-tuk Angkor Wat - Lunch - Hotel - Elephant Express = 20$ (RM 74)


Jam 1.30pm kitorang gerak ke Elephant Express untuk gerak balik Phnom Penh. Tepat jam 2pm mini bus dah gerak. Sesungguhnya baiklah korang tidur je sepanjang jalan ni sebab cara driver bawak yang extreme maybe akan menyeramkan korang. heheheh... Oh, tiket mini bus ni sama lah macam masa pergi 10$ (RM 37).


Basically sepanjang 6 jam perjalanan tu aku rasa maybe dalam 1 jam lebih je jalan elok iaitu masa baru keluar Siem Reap before masuk kawasan kampung and bila dah dekat sampai Phnom Penh. Get ready untuk rasa duduk atas kerusi Ogawa sepanjang 6 jam. Hahahah.. oh ye, kat sepanjang jalan ni korang dapat tengoklah keadaan orang kat sana. Rumah kampung dorang lebih kurang rumah tradisional kita kat sini cuma dorang punya rumah lebih tinggi. Lepas tu, banyak jugak rumah yang masih guna dinding and atap nipah. 

Kebanyakan depan rumah dorang ni macam ada satu kolam besar kolam ikan tu. Tapi sebab dah berzaman tak hujan, kolam pun semua takde air, dah kering. And lagi satu yang aku berjaya observe, kat sana susah gila nak jumpa lembu kaler lain selain putih. Coklat pun boleh kira. hahahaha..

Sampai Phnom Penh, Monie jemput kitorang hantar kat hotel. Dia caj 2$ (RM7.40) masa ni. Tak jauh mana pun Elephant Express ni dengan hotel tapi dengan beg-beg segala larat pulak nak jalan kan? =)

Lepas rehat-rehat kejap aku, hencik lebah and Yunnade keluar pergi makan kat Sarpinos Pizza. Masa ni Cik Puan Kikin dah lembik sebab kena flu. Total dinner 21$ (RM77.70). Tuk-tuk pulak caj 3$ (RM11.10). Kat sini korang jangan risau pasal transport sebab merata-rata ada tuk-tuk. Depan hotel memang akan sentiasa ada. Hotel kitorang ni macam kat area Chowkit tapi alhamdulillah hotel bersih. Cuma breakfast jela tak halal. Pagi kitorang makan je extra makanan masa dinner semalam tu before keluar.

Ok, end of story day two.

Bersambung lagi cerita kat Vol 3 ye? Sekian.

Tataaaa...

#MAblog











2 comments:

Zie Madini said...

hehehe...suka tgk pic uols bertiga yg ala² patung thailand tu. hehe

Myra Anne said...

Zie: hahaha..konon2 pose yoga. tp berjaya balance kejap jee..

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE